Wednesday, 16 January 2013

Penutup Cerita Tahun 2012

Nah... Sebagai penutup Buku Tahun 2012, ni kami mau share cerita pasal program Perhimpunan Belia Myvi Peringkat Negeri Sabah. Fuh, perancangan memang dah lama tapi tarikh pelaksanaan pulak belum difikirkan (almaklumlah, busy terus menerus) dan aku pun baru saja join Kelab Myvi Extreme Malaysia... Mau jugak ada geng-geng Myvi bantu ni...

Dijadikan cerita, aku dengan beraninya membuka ideaku ni dengan geng-geng BMAC Sandakan, TWMC Tawau dan Myvi Empire di Pitas. Alhamdulillah, aku dah dapat respon yang baik... So, dilanjutkan lagi aku buatlah satu meeting, tapi yang aku sedih sangat rupanya TWMC indak dapat hantar wakil dengan sebab kereta rosak... Dan masa meeting semua setuju untuk diadakan pada 01 dan 02 Disember 2012 (Nah, ngam timing)

Then proses kerja pun bermula... Apply permit, apply tempat, apply cuti, design name tag, design sijil, submit borang, submit surat, cari sukarelawan dan buat kempen di dalam FB... Semuanya berjalan lancar dan terima kasih jugak sama si 'JEFF THE ASTROBOY' Pengerusi Penganjur ini perhimpunan yang juga banyak membantu melicinkan kerja...

Jeff The Astroboy

Nasib baiklah cutiku diluluskan pada 29 dan 30 November jadi aku pun mencarilah siapa yang boleh buat persembahan sebab penari yang diberi kepercayaan untuk buat persembahan tu tarik diri last minit. Nasib baik aku kenal dengan geng 'HELLECTRON'... Dedikasi dorang sama ni event, perrrhhhh memang terbaik... Mula-mula aku bagi dorang task satu tarian sahaja tapi memandangkan dalam aturcara memerlukan dua tarian dan satu pasukan tarian tarik diri so I give them extra task dan mereka dapat idea sekelip mata sahaja dan ianya berjaya menambat hati si Jeff... WOW, SALUTE AT YOU GUYS... So pada 30 haribulan tu pulak last day buat persiapan di HARBOUR MALL SANDAKAN (Ko pikir cincai punya tempat ka???) Daripada stage sampai tempat parking kereta diatur. Raptai pun sempat dibuat dan syukur semuanya berjalan mengikut jadual...

Hellectron

Dan tibalah masa untuk beraksi pada 01 Disember. Hari tu aku masi ingat, boleh-boleh aku terlajak tidur gara-gara kepenatan punya pasal... Nasib baik si Princess kasi bangun aku. Sampai jak di Harbour Mall Sandakan, aku tengok meja dah tersedia untuk pendaftaran, polis pun ramai yang turun, Jabatan Kesihatan dan ahli-ahli Persatuan Talasemia pun dah arrange tempat dan ada kereta-kereta Myvi telah datang untuk menyertai perhimpunan tu. Tapi yang sedihnya orang belum ramai lagi time tu tapi indak apa sebab acara mula jam 10.00 pagi... Dipendekkan cerita, YB Datuk Liew Vui Keong pun rasa kagum dengan perhimpunan tu sehinggakan dalam ucapannya dia minta program tu diteruskan dan dijadikan program tahunan. Apa tidaknya, dorang fikir autoshow tapi tahu-tahu ada kempen kesedaran talasemia, program derma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan yang lagi best ada pertandingan karaoke sambil menderma...

Petangnya pulak ada sukaneka lagi wei... Hahahaha, macam-macam ragam boleh ditengok. Tau ler kan ada hadiah, jadi semua peserta try berabis ni gara-gara mau menang. Memang benarlah apa yang orang cakap, ORANG SANDAKAN MEMANG SPORTING. Kami pun ada bah join sukaneka tapi sengajalah kasi menang orang lain, kan namanya penganjur... Hahahaha, SEHATI SEJIWA SEKAKI kata si Boo Lat (ikut lari ikat kaki bah)

Malam plak??? Hahahaha, itulah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Semua geng-geng Myvi pulang, datang pulak SANDAKAN BLASTER CREW sama PROMO mau memblast sound sebagai tanda sokongan sama perhimpunan tu. Terima kasih sama si AZMIE JAFFAR JUANA a.k.a BRADER CHONG sebab support ni event. Yang indak boleh dilupa tu, semua orang putih berturunan dari hotel dan... MENARI!!! (Korang ingat HEAD BANGING???? MANADA!!!!) Dan bertambah meriah lagi HELLECTRON buat STREET DANCE!!! Fuiyooo... Apapun thanks to them dan aku amat hargai atas tenaga korang sampai dorang mau sangat jadi sukarelawan masa perhimpunan tu...

Sebagai tanda penghargaan, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang banyak membantu menjayakan PERHIMPUNAN BELIA MYVI PERINGKAT NEGERI SABAH pada 01 dan 02 Disember 2012 yang lalu:

Jeff The Astroboy dan isteri
Cheem De Elfira BMAC dan isteri
Daduy BMAC, isteri dan keluarga yang menjadi sukarelawan
AXL BMAC dan pasangan yang menjadi sukarelawan
Mel BMAC
Lan BMAC
Rizal BMAC
Si Panjang BMAC
Masdi KBS
Kak Sarah and family with geng-geng HELLECTRON (Great job and luv u guys)
Aisha De Empire
Lan Velan
Tini Tajuddin

Juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada geng-geng FB yang sudi menjadi sukarelawan:

Leah Fauziah a.k.a Boo Latt
Ahaldin Leolova Diana
Nieya Jiwa Hambur
Suhaimie Abdal

Serta supporter untuk event, jutaan terima kasih juga diucapkan dan aku harap kerjasama kita akan bertambah kukuh lagi:

Chong Blaster Crew
Abdul Blaster Crew
Hendra Blaster Crew
Apeace Blaster Crew
Ancha Blaster Crew
Member-member Blaster Crew dan PROMO yang lain
(maaf, aku indak tahu nama korang bah)
Rozzee AlamKiamat, Redz Stone, DnQarinah
dan semua geng-geng Warga 1 Sandakan

Geng BMAC  Geng Myvi Empire Warga 1 Sandakan Geng Blaster Crew Geng PROMO


2 comments:

  1. yeahh. haha tenx sebeb sudi jugak mgasi chance saya bkhidmat utk kalian. ekekekek xD ada event lagi , info2 yaa. insha-Allah sa sentiasa ada . ngeee :D

    ReplyDelete