Wednesday 13 February 2013

Tahun Baru Cina, Ular Dan Valentine...

Apa khabar??? Wah, makin lama makin rancak ni blog... Kepada followers yang setia membaca blog kami ni, jutaan terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Dan dengan itu, saya hadiahkan JEMPOL ini kepada anda!!!!


Syukur ke hadrat Illahi, aku masih mampu berkarya walaupun aku bukannya seorang artis terkenal... Kemampuanku untuk menaakul, merenung, mengimbas, mencari dan mentafsir segala idea masih lagi aku cari sehingga kini. Bak kata orang putih, THINK BEFORE YOU ACT... Nah, kali ni mau jugak aku bercerita mengenai satu kontroversi yang selalu memendekkan pemikiran umat Islam masa kini iaitu HARI KEKASIH A.K.A VALENTINE DAY.

Di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa manusia mudah terjerumus ke lembah maksiat yang kini menjadi isu sosial yang makin menjadi-jadi. Kes buang bayi, kes bunuh orang, kes bunuh diri, kes saman keluarga, kes rogol dan pelbagai lagi kes yang semakin menjadi-jadi pada masa kini menunjukkan bahawa manusia semakin MUDAH untuk melibatkan diri ke kancah maksiat. Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Surah Yunus, ayat 27:

Maksud bagi ayat ini adalah seperti berikut:

"Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Sudah terang lagi bersuluh, Allah sudah explain cantik-cantik, molek-molek, baik-baik dan terang-terang mengenai larangan bermaksiat wei!!! Ya, aku tahu kamu akan kata BIARLAH, AKU MASIH MUDA LAGI... ADUI, HEBAT SUDAH KO BERHADIS / BACA AL-QURAN!!! Biarlah, DOSA LAIN-LAIN, RUMAH LAIN-LAIN, PAHALA / DOSA LAIN-LAIN dan last sekali KUBUR LAIN-LAIN bah kan... Okey, aku kasitau kamu semua ya... YANG MELAHIRKAN KAMU DAN ADIK-BERADIK KAMU ORANG YANG SAMA, YANG MENGASI MAKAN / MINUM / SEKOLAH / DUIT ORANG YANG SAMA, YANG MENANGIS ATAS KEMATIAN KAMU ORANG YANG SAMA, YANG MENGASI MANDI KAMU NANTI ORANG YANG SAMA DAN YANG MENGASI MASUK KUBUR PUN ORANG YANG SAMA iaitu SAUDARA-MARA KAMU JUGA!!! Ish, biarlah... Suka hati kamulah yang nilai sendiri dengan keadaan diri kamu ya... Aku indak layak mau membebel dengan anda sebab aku tahu aku seorang yang tidak sempurna...

Dan nampaknya tahun ni adalah TAHUN ULAR bagi kaum cina yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Well, tahun ni kami tiada jemputan menghadiri open house. Dan aku bertambah hairan, sambutan Tahun Baru Cina di Sandakan ni macam indak ada sambutan tahu... Adakah kerana ular ni membawa maksud berhati-hati??? Indak tahulah, sebab aku sudah try cari info mengenai tahun ular ini dan ternyata amat sukar sekali... Tapi bagi aku, ular ni memang ada kaitan dengan manusia. Untuk pengetahuan anda, ular yang berbisa ada 13 jenis semuanya. Indak percaya??? Nah, klik sahaja di sini...

ADA-ADA SAHAJA... Sekadar gambar hiasan


Walau bagaimanapun untuk pengetahuan anda semua, mesti anda mahu tahu apa kaitan ular dengan Valentine's Day... Begini, sesungguhnya bisa akibat perbuatan anda semasa anda buat di Valentine Day tu MENGALAHKAN BISA ULAR... Faham maksudku? Begini, kita open minded sedikit ya... Anda telah berjanji dengan sang kekasih anda bahawa anda amat-amat menyayangi, mencintai dan mengasihinya dengan mempertaruhkan jiwa raga termasuk kehormatan diri anda, kan... Bila indak dinampak, ULAR YANG TIADA KAITAN JUGA DISEBUT:-"Sempat lagi ko dipatuk ular bah, sayang... Itu benda pun susah mau nampak ka???" Nah, akibatnya kamu akan tanggung kalau dapat tahu sesuatu yang buruk berlaku ke atas sang kekasih anda... Masa tu dirimu umpama kena patuk ular yang paling berbisa... Sakit bukan kepalang... Dan pada masa itulah anda akan menyesal dan ayat yang paling popular akan terkeluar dari mulut kamu sendiri:- KALAULAH DULU AKU INDAK BUAT, MESTI INDAK JADI MACAM BEGINI... Hahahaha, akhirnya kamu salahkan jam di dinding atau jam tangan kamulah kerana perbuatan kamu sendiri tapi kamu indak salahkan diri kamu kerana mendorong diri kamu bermain 'permainan' tu...

Bukan itu sahaja, ada juga si hero menunjuk lagaknya supaya dapat memenangi hati si heroin... Apa lagi, sanggup dia jadi SUPERMAN atas jalan raya, ada juga yang menyeru DRAGONBALL selepas memakan MUTIARA NAGA, dan yang paling sadis dia MINUM AIR PALING SEDAP DI DUNIA semata-mata menunjukkan bahawa dia seorang yang LURUS BENDUL... Perbuatan yang aku sebut tu PERBUATAN BODOH + BANGANG + PALUI... Kalau indak nampak, ular juga yang disebut sekali lagi... Last-last bila terkantoi oleh ORANG DI BELAKANGNYA (macam si Epen Cupen cakap) nah, sekali lagi jam di dinding sama di tangan disalahkan dan kali ni aku tambahkan lagi satu benda yang disalahkan, HANDPHONE... Adui, dunia dunia...

Sekali lagi, SEKADAR GAMBAR HIASAN SAHAJA...


Yalah, cukuplah sampai sini dulu ceritaku... Ada masa kita cerita lagi...

Tuesday 5 February 2013

1M4U Day...

Wah, indak abis-abis program kami pi join... Hehehehe... Nah, kali ni kami mau bercerita plak mengenai satu program yang sudah diperkenalkan tahun lalu, tidak asing lagi iaitu Program 1 MALAYSIA FOR YOUTH atau ringkasan dia 1M4U. Dan ni kali pertama kami join program ni... Nama program yang kami sertai ni dikenali dengan nama MY BEAUTIFUL MALAYSIA yang juga dilancarkan di seluruh negara. WOW, AMAZING!!! Mau tahu apa tu 1M4U? Senang jak, pernah dengar SUKARELAWAN??? Haa, tahniah pada yang pernah dengar dan pada yang belum pernah dengar tu meh sini aku terangkan sedikit... Sukarelawan adalah satu istilah di mana kita melakukan sesuatu perkhidmatan tanpa ada paksaan dan kita lakukannya semata-mata untuk kepuasan sendiri dan untuk mempelajari makna kehidupan. Ya, aku tahu kita masing-masing ada kesusahan, kesusahan dari segi masa, tenaga dan yang paling kerap didengar, MASALAH $$$$... Sampai bilalah rungutan begini ni akan berakhir? Kalau ada masalah dari segi masa, kenapa tidak diatur jadual dengan tarikh event??? Lainlah kalau anda bekerja sendiri... Kesusahan dari segi tenaga, kemahiran yang kamu ada tu kasi keluarlah, kalau ada kemahiran yang kamu belum mahir, kurang mahir atau tidak mahir, nah inilah masanya anda belajar sendiri... Masalah $$$$... Selain daripada menabung, kamu boleh minta bantuan dengan penganjur supaya diatur kamu punya pengangkutan... Mustahillah penganjur tidak sediakan pengangkutan atau sekurang-kurangnya ada duit poket untuk tambang kamu. Pasal makan minum tu penganjur yang sediakan gak... Masa kamu join tu, memang kamu akan enjoy punyalah, sebab ramai kawan-kawan dan pada yang masih single tu, itulah chance untuk korang pi MENGORAT!!! Hahahaha... Freebies pun memang ada, baju, makan minum dan kalau event tu event besar, memang ada CHANCE BESAR JUMPA ARTIS!!! Best kan jadi sukarelawan???

Program Utama im4u


Logo Rasmi im4u
Entah kenapa lagi aku boleh bangun lambat sekali lagi... Rupanya hp abis cas gara-gara mendengar Radio Hitz.fm tanpa aku bagi off... Aku set 5.45 pagi tapi sekali terbangun jam 6.30 pagi. Nasib baik baju dengan logo HIMPUNAN JUTAAN BELIA dah aku sediakan... Aku sarung jak terus dan pecut dengan Bintang Hati ke rumah si Princess. Sampai jak di rumahnya, Princess tanya soalan yang boleh dikategorikan sebagai SOALAN BONUS:

Princess : Bang, lain macam jak kau ni bang...
Prince : Lain macam? Apa pulak yang lain?
Princess : Rambut tu bah, indak bersikat. Muka pulak muka baru bangun...
Prince : Yakah... Jadi kenapa jugak???
Princess : KAU SUDAH MANDI KA BANG??? (Sambil menengok muka dan mencium bahuku) BAU...
Prince : Hehehehe, BELUM MANDI LAGI...

Logo HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Dengan menghumbankan tuala yang memang sengaja aku simpan sebagai tuala kecemasan, aku pun mandi... Then kami pecut ke Padang Bandaran pada pukul 7.15 pagi.

Sesampainya kami di padang, acara senamrobik telah bermula. Indaklah kami join senamrobik tu, tau sajalah kami belum sarapan... Ada ni pengsan tetiba. Lepas senamrobik, ada pulak ZUMBA... Ha, part ni aku dan Princess malar menggelengkan kepala. Apa tidak, sudahlah instructornya pakai baju kurang kain, pergerakannya pulak terlalu lincah dan tidak menepati spesifikasi macam senamrobik. Dan aku tengok tidak semua sukarelawan dapat follow step yang telah dibuat. SUSAH WEI...

Lepas register nama sebagai peserta SUKARELAWAN SOLO, kami pun join dengan belia Kementerian Belia Dan Sukan Bahagian Sandakan. Di situ, kami bergabung bersama dengan geng KENARIANZ, LC BIKE CLUB, HELLECTRON dan ramai lagi sukarelawan dari persatuan belia. Aku tengok, dari Jabatan Pertahanan Awam ada, Sukarelawan Polis pun ada, anggota RELA pun ada, budak-budak Pengakap ada, even STAFF NURSE PUN ADA... Memang rugi pada sesiapa yang tidak ikut... Dalam lingkungan pukul 9.00 pagi, Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin datang bersama Presiden dan Timbalan Presiden MPS. Dan kali ni konsepnya sama jugak macam cerita sambutan Maulidur Rasul yang lalu, datang jak menteri terus menteri buat ucapan perasmian. Bah, ngamlah bah tu, keadaan yang terik lagi membuatkan semua sukarelawan macam cacing kepanasan... Tapi yang paling best, masa lagu im4u tu berkumandang, semua geng dalam grup kami buat pergerakan macam dalam video klip ni sehinggakan geng staf nurse pun terikut-ikut:




Pasukan sukarela dibahagikan kepada 6 pasukan. Kami join Pasukan 1 yang ditugaskan menyapu kaki lima hadapan bangunan yang bermula dari Dewan Masyarakat Sandakan sampailah ke hadapan Suntos Mini Market. Jauh, kan???Tapi bayangkan kalau 100 orang disuruh menyapu, memang enjoy bah kan??? Lainlah kalau orang yang berfikiran serong mengenai program MY BEAUTIFUL MALAYSIA ni... Macam-macam persepsi orang mengenai program ni tapi biarlah, LANTAKLAH DORANG MAU CAKAP APA KERANA INI SEMUA POYO!!! Hahahaha!!!! Paling penting sama-sama bekerja keras membersihkan bandar dan paling utama, KEBERSIHAN TU BUKANNYA HANYA SATU PIHAK YANG BUAT...


Program tu berakhir pada pukul 11.30 pagi, itupun selepas bergila bersama geng-geng penari WANTED Sandakan... Kesempata selama beberapa jam untuk berehat digunakan sehingga pukul 5.00 petang. Selepas menghubungi si Azizi, kami berempat berangkat ke lokasi yang lain iaitu KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN. Sampai-sampai jak senamrobik sudah bermula. Ah, pedulilah!!! Aku join terus dengan si DJ DD Sandakan FM dan bersenamrobik sampai jam 5.50 petang. Sambil berehat, kami mencuci mata dengan melihat aksi orang meniup api... Bayangkan 1 botol air mineral kecil tu dia bagi masuk dalam mulut dia dan dengan kayu yang ada api di hujungnya dia pergi blow api tu menjadi api yang besar. Apalah rasa tu minyak ah??? Then ternampaklah pulak WALL CLIMBING... Bila kami pergi tengok nampak macam kurang tinggi tapi mencabar plak tau... Siuk-siuk menengok entah macamana si Herep pi panggil namaku... Adei, ini tidak boleh jadi!!! Kesempatan digunakan untuk mencuba memanjat dinding tu... Ya, aku tahu badanku ni besar tapi besar pun tidak bermakna aku indak bule memanjat lagi, kan!!! Lepas memakai honest di celah kangkanganku, then satu tali statik diikat di hadapan perutku. Lepas tu aku pun mula memanjat. Belum sampai separuh aku terjatuh!!! Alamak, rupanya tali statik belum ketat betul rupanya... Selepas dikasi ketat, aku pun try memanjat lagi. Dengan bantuan bekas jurulatih rekreasi akhirnya aku berjaya memanjat sehingga ke puncaknya. Sekali turun, ui nah bergegar tangan aku rasa...

Well, hanya setakat tu sahaja cerita kami... Nanti kalau ada program lagi kami akan siarkan juga sekali dengan gambar dan video jika ada... Stay tuned... Eh, macam radio plak...