Wah, nampaknya jiranku paling dekat dengan rumahku menjemput untuk menyaksikan persandingan kahwin... Bapa mau pergi tapi tu ler kalau kena GDL (Bukan lesen GDL bah, tapi GOUT DATANG LAGI...) Jadi Prince berfikir apa pakaian yang ngam untuk dipakai... Hmmm....
Macam biasa, aku pun melawatlah Princess sama si Inan Kecik. Aku ajaklah dorang ke tempat orang kahwin (Dan aku rasa korang pun tahu apa responnya) Jadi apa lagi, aku pun pecutlah balik ke rumah, tukar baju dan bawa dorang Princess sama Inan Kecik...
Aku mengenakan baju T lengan panjang, seluar jeans sama kasut kerja. Si Princess sama si Inan Kecik just berbaju kurung (Almaklumlah, like mother, like daughter...) Kami pun bergeraklah ke Dewan Masyarakat Sandakan pada pukul 7.00 malam.
Sampai jak di dewan, nasib baiklah parking indak jauh... Aku tengok tuan rumahnya sibuk menyambut tetamu. Masuk saja ke dalam dewan, aku tengok pelaminnya bertemakan putih-merah (Aik, parti UMNO ka??? Hehehehe...) Banyak lagi meja kosong belum diisi, sebab ramai lagi yang masih on the way ataupun under way ke dewan. Band team masa tu menyanyikan kompilasi lagu 60-an masa kami dah sampai. Kami nampak ada satu meja kosong indak ada orang. So kami landinglah di situ... Kiranya datang ni kunuk selain menengok pengantinnya, kami mau pok MAKAN BANYAK-BANYAK... Hehehehe...
Tepat jam 8.00 malam, pengantin pun tiba dengan sepasang baju pengantin berwarna kuning DiRaja. Perrhhh, memang padan pengantin tu. Sorang memang cantik ala-ala Katy Pery, lagi sorang tu macho ala-ala Pitbull... Sambil-sambil mataku ni melilau memandang bencong lawa, perutku mulalah menyanyi... Bila jak emcee umum makan beradab, nah itulah masanya aku melantak makan. Kena-kena lagi waiter yang faham perasaan laparku, terus dia bagi standby satu jag sirap sama nasi putih. Bila aku tengok lauknya, PERRRRHHHH... MEMANG TERBAEEEEEKKKKK... Ayam masak madu, udang butter, daging masak kicap, kari, ikan masak asam pedas dan buah sikui... Hehehehe, aku membelasah dua piring gitu (Nasib baik makan pakai sudu dan garpu, kalau pakai tangan, siaplah...)
Sempat gak si Prince nyanyi lagu tapi kesal sangatlah dengan emceenya, suka sangat merampas microfon tapi apa boleh buat, dia kan tuan rumah... Lepas jak menyanyi teruslah balik rumah...
Kalau mau cerita lagi, nantilah... Tunggu ada masa dan ada program atau aktiviti konpom aku bagi masuk gak dalam ni blog... Terima kasih pada yang sudi membaca...