Thursday, 17 January 2013

Sejauhmana keadaan diri anda???

Semalam menjadi malam yang membosankan bagiku. Walaupun bosan, tapi aku tetap nekad mahu meneruskan kehendak untuk online walaupun mataku berat ibarat menanggung sebiji bata. Sehinggalah aku terbaca satu pos seorang sahabat di FB yang mencuri perhatianku. Wah, pos berbentuk keinsafan dan berbentuk ketuhanan... Hmm... Aku mesti bantu kawan ni... Ni pos dia:

Pos dari Jeff The Astroboy


So aku mau tanya kamu:- BAGAIMANA SEMPURNANYA DIRI KAMU? KENAPA MASALAH DATANG MENIMPA KAMU? APAKAH SEMUA PERBUATANMU AKAN DITERIMA? BILAKAH ANDA MENANGANI MASALAH YANG MENIMPA DIRI ANDA? DENGAN SIAPAKAH ANDA HENDAK MENGADU? Dan yang paling penting BERAPA LAMA HARUS ANDA MEMENDAM MASALAH ANDA? Haa, mesti anda pun bingung dengan soalan-soalan formula 5W + 1H ni, kan??? Kalau anda dapat menjawabnya dengan MUDAH, ternyata anda memang seorang yang KOLOT!!! Kenapa aku kata begitu? Okey, cuba tengok soalan nombor satu tu. Dia tanya pasal kesempurnaan, bukan??? SEMPURNA SANGATKAH DIRI ANDA? Sorry to say, fenomena terbaru yang melanda kita adalah LISTEN, LISTEN AND LISTEN bukan cara yang baik untuk menangani masalah yang sentiasa mendatang saban waktu... Ingat, ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI, MAHA MENGASIHANI, MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGAMPUN dan Allah menurunkan wahyuNya di dalam Al-Quran agar kita dapat mengikut apa yang menjadi suruhanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Oleh itu, kita hendaklah menitikberatkan keadaan diri kita. Daripada Allah kita datang ke dunia yang bersifat hanya sementara ini dan kepadaNya kita akan kembali. Sementara kita masih bernafas di dunia ini, kita berbuat baik sesama makhluk dan tidak sesekali bersifat sombong dan bongkak semasa berkomunikasi. Pernah juga aku dengar, hidup ini ibarat seperti bercucuk tanam. Hari ini kita menyemai benih, esok pohonnya tumbuh, lusanya berbuah dan tulatnya kita tuai. Begitulah keadaan kita nanti di akhirat. Bagaimana cermatnya atau rakusnya kita semasa hidup di dunia akan menjadi bahan bukti semasa kita berada di hari kiamat. (Bergegar plak aku rasa)



Oleh itu, kita perlu bermuhasabah diri tentang perlakuan kita sesama manusia dan dengan makhluk Allah yang lain. Kita mampu membuat 100 kebaikan tetapi jika kita melakukan hanya SATU KEJAHATAN, percaya atau tidak ORANG LAIN AKAN MEMANDANG KEJAHATAN YANG SEDIKIT DARIPADA KEBAIKAN YANG BANYAK DILAKUKAN. Jika ada yang melukai hati anda, BERSABARLAH DAN MAAFKANLAH DIA. Aku tahu SABAR ITU ADA BATASNYA tapi indak salah kalau kita cuba maafkan dia, kecuali kesalahan yang merosakkan AKIDAH DAN MARUAH baru itu indak dimaafkan...

SEKADAR RENUNGAN...


Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah agar kita diberikan ketenangan semasa kita menempuh kehidupan ini. Tidak hairanlah jika Allah mengingatkan mengenai kelekaan manusia ni melalui 5 perkara yang akhirnya akan dibalas dengan 5 perkara berikutnya. Antara 5 perkara tersebut adalah muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. Kita hayati sendiri 5 perkara tu sebagai bahan untuk kita bermuhasabah diri di dalam kehidupan kita seharian.
Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara




















Yang pastinya anda tidak mahu menangis kerana menyesal dengan perbuatan anda sendiri dan time itu anda sudah terlambat untuk mengubah keadaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kesilapan anda sendiri. Bayangkanlah, bagaimana 'kotornya' diri anda semasa menghadap Maha Pencipta dan semua dosa-dosa anda diperlihatkan kepada lautan manusia yang tengah menunggu perbicaraan di hari kemudian.

No comments:

Post a Comment