Sunday, 20 January 2013

Blue Wave

Haha, hujung minggu ni membuatkan kami sentiasa basah terus menerus. Apa indak, hujan terus di Sandakan ni. Walau bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana membasahkan bumi Sandakan ni. Walaupun hujan, namun ini tidak menghalang pengerakan kami.

Kejap ah, mesti ada yang bertanya, kenapa tajuk dalam blog kali ni diberikan nama BLUE WAVE ataupun GELOMBANG BIRU dalam BMnya... Jangan risau, memang betullah tajuk ini dan ianya tiada kaitan dengan keadaan di laut kita sekarang ini. Haha, bukannya apa, 20 Januari tahun 2013 menyaksikan ada satu program yang kami join di Dewan Sri Libaran (Di mana dewan tu??? SANA BAH, BATU 7 JALAN BATU PUTIH) dan nama program tu dinamakan SEPETANG BERSAMA KETUA MENTERI SABAH... Kejap, mesti ada yang tanya lagi ni, apa kaitan program tu sama Blue Wave??? Nah, kasi chance luk aku taip-taip ni cerita... Kamu baca jak... Dan, gambar di atas tu TIADA KAITAN SANGAT DENGAN PROGRAM YANG KAMI IKUTI NI YA...

Sekali lagi, aku terlajak tidur lagi... Macam jugak masa Perhimpunan Belia Myvi tahun lalu punya cerita. Tapi kali ni beliau kasi bangun pulak... Dan bila aku tengok jam, rupa-rupanya 8.20 pagi... Ya Allah, terlajak lagi aku tidur rupanya... Indak apa, aku mandi then aku inform dengan si princess yang aku dah siap. Princess plak maklumkan bahawa geng BMAC sudah menunggu aku di Bandar Letat Jaya. Then setibanya di lokasi berkumpul, ada si Cheem, Mel, VJ dan Ayie. Aku inform dorang bahawa program tu bermula pada pukul 11.00 pagi. Kami bergerak ke Dewan Sri Libaran pada pukul 10.30 pagi dan tiba di dewan tu pada pukul 11.00 pagi.

Inilah Dewan Sri Libaran...


Setibanya di sana, belum ada orang lagi yang datang. Cuma kami saja yang sampai. So kesempatan tu diambil untuk buat pendaftaran dan kena ambil baju bertulis GELOMBANG BIRU... Nah, itu sebab aku bagi tittle ni sebab aku join program BN bah... Then bila sudah register, kami bergerak ke Pasar Taman Fajar untuk menikmati BRUNCH (Sarapan + Makan Tengahari). So kami patah balik ke dewan pada pukul 1.00 petang.

Acara bermula dengan acara... MAKAN!!! Hahahaha, wei banyak makanan free... Ada mee goreng, ada roti canai, ada roti jala, ada burger, ada coto makasar even KAMBING PANGGANG DAN BUAH-BUAHAN PUN ADA!!! Even KEK HARI JADI PUN KENA KASI FREE BAH!!! HOHOHO!!! Makan saja sampai pecah perut... Hahahaha... Time-time kesiukan makan dengan Jeff The Astroboy bersama keluarga sama si Ayie, nah di situlah si Ampal datang bersama 3 lagi artis yang sememangnya aku kenal jugak. Dorang yang aku jumpa adalah JANRYWINE J. LUSIN, ASMIN MUDIN DAN EBI KORNELIS. Wah, lama jugak aku indak jumpa dorang ni tahu... Aku pi sound si Ebi, si Ebi terkejut dan dia bagitau terlalu lama kami tidak berjumpa. Begitu juga dengan si Asmin sama si Janry (Tapi aku sempat berhibur dengan si Janry masa di KL tahun lalu)

Nah, acara makin gamat dengan kedatangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman. Time tu aku berada di atas pentas dengan geng-geng BMAC. Nah, mesti kamu pelik lagi ni kan... Kenapa pulak kami ada di atas pentas, di mana nanti Ketua Menteri mau duduk... Begini jawabnya, konsep yang dibuat masa kami awal datang tu berkonsepkan SANTAI. Pilih sahaja mana-mana tempat, janji boleh stay... Best, kan???

Sambil-sambil aku berhibur, sambil tu jugak aku menyisip di belakang si Ebi. Nah, habis aku kena sorong suruh menyanyi KASIHNYA LAILA. Aku nyanyilah walaupun kahak macam malakat di kerongkong... Then, aku buat jugak apa yang aku buat sama si Ebi tapi time si Asmin Mudin menyanyi KAU ILHAMKU... Yang indak sempat sama si Janry sebab jauh bah dia berdiri... But anyway bro Janry, I like your performance... Tatap steady dan bersahaja, sama macam ko menyanyi masa di Putrajaya tahun lalu. Keep it up bro... And buat bro Asmin Mudin, terima kasih kasi chance aku nyanyi lagu SAYANG KINABALU tu. Namun aku juga tetap bersedih di atas pemergian arwah abangnya yang tersayang iaitu KIMIN MUDIN, penyanyi asal lagu tu. And for bro Ebi, wah makin tagap ko ah bro... Dan terima kasih jugak kerana begitu sporting sama aku sebab sanggup duduk di atas lantai bersama-sama ko punya fans untuk bergambar. Aku faham jugak ko penat time tu, so aku ajak ko duduk sekejap untuk bergambar...

Ebi Konelis (tapi ni time belum tegap lagi)
Asmin Mudin















Janrywine J. Lusin
Kimin Mudin Dalam Kenangan... 


Dekat-dekat mau pulang, macam biasalah ada sesi cabutan hadiah kepada pengunjung... Bayangkanlah seramai 2000 orang yang datang untuk join program tu menunggu hadiah... Hahahaha... Dan aku tengok ada pulak hadiah mountain bike. Hmm, hati damitku ni tertanya-tanya jugak aku siapalah yang kebas tu basikal ah... Dan si Ampal pun announce pengunjung bertuah yang akan mendapat basikal paling besar berwarna biru. Nah, aku pun mula berangkat mau ke tandas kunuk, tau ler hujan kan... Sekali baru 2-3 langkah terus telingaku menangkap si Ampal punya pengumuman:
Ampal

"PENGUNJUNG BERTUAH KITA PADA HARI INI ADALAH, 
SAUDARA MARWAN RABANI BIN ABDUL MAJID!!!"

Wah, aku yang dapat basikal tu!!! Apa lagi, aku pun limpaslah sama pengunjung yang berdiri mau menengok siapa yang dapat basikal tu sambil mengangkat tangan bahawa akulah orangnya... Ada beberapa pengunjung yang kenal sama aku sempat mengucapkan tahniah dan sekali aku naik ke pentas ada beberapa orang AJK yang kenal sama aku terkejut kerana aku dapat tu basikal. Hehehe, bertuah jugak aku dapat basikal free... Masa aku mau bagi muat basikal tu sempat lagi telingaku mengiang kata-kata si Ampal:

"TAHNIAH SAUDARA MARWAN KERANA MENANG BASIKAL... NAH, SIAPLAH KAU MENGASI BENGKOK DUA TU BASIKAL... MACAMANA KO MAU KASI MUAT DI KERETAMU..."



Lucu jugak eh... Tapi paling penting itu basikal sudah selamat mendarat di rumah... Dan buat DJ Sabahan.FM Liz Shiwhawha Kuelapissalahbikin Sabahandotfm, terima kasih upload pic tu ke dalam FBku. Bolehlah orang tengok aku menang basikal...

Nah, aku menang basikal... Ko ada????

Aku dengan si Liz dan Inan Kecik
Princess, Inan Kecik dan Liz






































Nah, indak tahu sudah apa lagi cerita yang akan berlaku lagi. Hmm, tunggu sajalah...

No comments:

Post a Comment