Monday 25 March 2013

WIRA KAMI



Sejak insiden pencerobohan sepasukan orang luar yang kununnya mau mengambil negeri Sabah ini, kami di sini pun merasa seperti anak ayam kehilangan ibunya. Yalah, walaupun kami di Sandakan tapi pencerobohan berlaku di Lahad Datu, kerisauan tu tetap melanda pada diri kami warga negeri Sabah. Bermula daripada detik kedatangan 'Askar Sulu' di Kg. Tanduo, Lahad Datu sehingga anggota polis diserang hendap di Semporna, semua orang mesti merasa risau...

Idea untuk memperkatakan mengenai wira negara yang sedang mempertahankan kedaulatan Malaysia ni terlintas di fikiran semasa aku tengah bermain online game iaitu Paper Flight. Semasa sedang 'menerbangkan' kapal terbang kertas, terlintas di fikiranku betapa lajunya jet pejuang yang terbang pada jam 7 pagi ketika itu yang membawa bom pintar untuk mengebom Kg. Tanduo...

Punya tinggi kapal terbang kertas ni melayang...
Aku indak tahulah bagaimana suasana semasa pengeboman itu berlaku. Sedangkan hotel tempat tinggal wartawan pun boleh bergegar oleh letupan tu, memang dahsyat kaw-kaw punyalah... Mula-mula dibekalkan kereta perisai Hercules, ditambah pulak dengan kekuatan Helikopter Augusta MV109 dan Kereta Kebal Berantai  Adnan lagi... Nah, sekali limpas atas jalan pun boleh bergegar lutut jadinya... Sekarang ni pulak proses rondaan dan penggeledahan dilakukan... Apa lagi??? Pengisytiharan 10 kawasan di Sabah Timur sebagai Zon Selamat Sabah (East Sabah Safe Zone atau ESSZONE) pun sudah dibuat kelmarin... Memang mantaplah keadaan keselamatan khususnya di Pantai Timur Sabah ni... Banyak lagi cerita yang boleh aku hendak taip di sini tapi biarlah, itu tugas anda untuk mencarinya di dalam sumber-sumber yang anda boleh percaya...

Kereta perisai jenis Hercules

Helikopter Augusta MV109

Kereta Kebal Berantai Adnan

Anggota keselamatan sedang melakukan penggeledahan



Anggota polis sedang membuat rondaan


Keratan akhbar BERITA HARIAN yang disiarkan

Jadi jangan hairanlah jika sesiapa yang hendak masuk ke kawasan Zon Selamat Sabah ni banyak road block kena buat... Kepada anggota pertahanan negara, tidak kira anggota polis, anggota gerak khas, anggota VAT69, anggota tentera atau anggota komando, tidak kira yang tengah menggeledah sana sini, yang membawa kereta kebal, kereta perisai, kereta polis, lori askar atau polis, tidak kira sama ada tengah mengemudi helikopter, kapal laut mahupun jet pejuang, tidak kira yang membawa ambulans membawa anggota keselamatan atau orang awam yang cedera, aku sebagai rakyat Sabah amat berbangga dengan keberanian anda. Kepada anggota yang gugur sewaktu mempertahankan kedaulatan Sabah, Al-Fatihah untuk kalian dan aku sungguh bangga dengan jasa yang telah ditabur semasa mempertahankan bumi Sabah ini daripada anasir-anasir pengganas ini. Aku doakan semoga anggota keselamatan kita selamat dan krisis ini berjaya dipulihkan dengan segera... Amin...

Janganlah diperlekehkan tentera kita... Cuba baca ni...


Aku menyeru kepada seluruh penduduk di dunia berdoa agar krisis ini dapat segera berakhir dan kita dapat hidup dengan AMAN DAN DAMAI... Cewah, macam Optimus Prime pulak... Hahaha...

Hehe, blog ni pun dah siap untuk siaran di bulan Mac 2013 dan nampaknya kapal terbang kertas dah jatuh... Berapa jauh dia terbang??? Siap boleh upgrade lagi kapal terbang kertasnya... So, jumpa lagi untuk isu dan cerita yang akan datang...

Wah, jauhnya!!! Boleh skor 74380!!! Tu pun kapal terbang kertasnya sudah 'upgrade'