Thursday, 17 January 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM SIRI 1/2013

"Adei, lama jugak menunggu cerita kamu orang ni..." Hehehehe, terima kasihlah kepada seorang sahabat yang follow blog ini. Nampaknya dia sentiasa ingin tahu perjalanan kehidupan kami. Jadi kalau kamu mau tahu cerita di tahun 2013 ni then kami mulakan dengan... (BACA KUAT-KUAT TAJUK UTAMA YANG TELAH DISEBUT DI ATAS)

Jangan risau, memang betul ni pic yang kamu tinguk


YES, WE GONNA MARRY!!! Hehehehe... Syukur alhamdulillah nampaknya niat yang suci akhirnya terlaksana. Dan diharap hubungan ini dapat diteruskan lagi ke peringkat seterusnya iaitu KAHWIN... Terbayang-bayang sudah di fikiran saat tok kadi mengasi nikah sama si Prince... WOW, AMAZING!!! Jadi doakanlah kami akan berkahwin tahun ini, Insya Allah... :-)

Mungkin si Prince jadi macam dalam ni pic (Indak tahulah...)


Kami sudah apply kursus pada 31 Disember 2012 bersamaan hari Isnin. Masa tu Prince demam tapi semangatnya mau berurusan terlalu kuat. "Saya OK, jangan risau. Janji saya mesti berpeluh ini hari" Tu kata si Prince. Jadi kami register kursus dan kami terpilih untuk berkursus pada 05 dan 06 Januari yang lepas bertempat di Masjid Daerah Sandakan. Sepatutnya kami kursus pada 15 dan 16 Disember yang lalu tapi sudah penuh...

Di sinilah kami kursus kahwin...

Masa kursus, banyak pendedahan daripada penceramah-penceramah yang 'mencakap' sama semua 200 orang peserta. Antara penceramah yang memberikan info pasal nikah, kahwin, cerai dan rujuk adalah Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Cawangan Sandakan iaitu Ustaz Awang Juri Awang Tahir, Imam Bahagian Sandakan iaitu Ustaz Azizul Ramli Saparuddin, Imam Daerah Sandakan iaitu Ustaz Zulkarnain Rafaeh Enarji, daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) iaitu Ustaz Hj. Ibrahim Harun dan beberapa lagi penceramah. Jadi kepada yang belum ikut kursus kahwin tu, ni kami pesan : BAGUS KAMU ORANG IKUT NI KURSUS SEBAB INDAK SEMESTINYA DEKAT-DEKAT KAHWIN BARU IKUT NI KURSUS... Sijil??? SIJIL DIPERAKUI SELAGI KO BELUM MAMPUS...



Kalau dah sampai seru...

Beritahulah pasanganmu...

Nikahilah dan jagalah dia sepenuh hatimu...
Pastikan cinta sentiasa bertamu...
Agar alam rumah tangga aman bahagia buatmu...




Banyak jugak ilmu yang kami pelajari selain daripada mengasi refresh otak kami mengenai Fardhu Ain. Salah satu ilmu yang kami rasa sangat luar biasa adalah satu doa yang diajar oleh Ustaz Awang juri adalah... DOA KENTUT!!!! Hahahahaha!!!! Mau tahu macamana bacaannya??? Nah IKUTLAH KAMU KURSUS KAHWIN!!! Jadi kami mau mengempen yang belum ikut kursus tu bagus kamu ikut sebelum kos kursus ni dikasi naik daripada RM100 jadi RM300 (mau kursus pun mahal uda)

Mau tengok saat nikah paling best? CUBA KLIK KAT SINI...

Nah, ni kisah kami yang terbaru di tahun baru tahun 2013... Tunggu kisah kami seterusnya...

No comments:

Post a Comment