Monday 3 September 2012

Antara Ramadhan Dan Syawal

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera... Prince mulakan dengan ucapan alhamdulillah kerana walaupun sibuk sekali dengan pekerjaan namun ianya tidak menghalang untuk aku terus sunyi dan membiarkan blog ini terus sunyi tanpa cerita...

Pertama sekali, KAMI MEMOHON MAAF kerana membiarkan blog ini sunyi selama beberapa bulan. Kesibukan kerja menjadi penghalang utama mengapa blog ini terbiar. Namun izinkan aku untuk meneruskan kesinambungan cerita yang tidak akan pernah berakhir kecuali nafas telah terhenti...


Baru-baru ini kita telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan al-mubarak. Puasa anda bagaimana??? Hahaha, kalau yang perempuan (macam si Princess) mesti indak full satu bulan sebab... (TUUUUUTTTTT!!!)

Namun puasa tahun ni kami amat kecewa kerana peluang untuk mencari rezeki tambahan (dan juga duit raya) TERHALANG gara-gara sikap seorang yang boleh diungkapkan pro kejiranan telah membuat komplen yang memaksa semua gerai dirobohkan oleh PBT. Apa boleh buat, itulah yang dinamakan KEHIDUPAN... Dan tahun ini juga menyaksikan kami bersungkai (berbuka puasa) di luar rumah... Tau ler si prince ni indak suka duduk diam di rumah...

Ramadhan tahun ini juga menyaksikan autoshow dilaksanakan di bulan puasa. Nah, karau tu jawabnya... Anjuran dibuat selama dua hari satu malam. Selain daripada itu Ramadhan tahun ni jugak HARBOUR MALL SANDAKAN telah beroperasi walaupun belum banyak kedai lagi ada di dalamnya tapi memang puas hati ler... Puasa, puasa jugak tapi aku berdoa puasaku tahun ini diterima oleh Allah SWT, Insya Allah dan ku harap agar dapat berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan tetapi adakah Allah akan memanjangkan usiaku di tahun hadapan???







Untuk julung-julung kalinya, KAMI MEMBERIKAN DUIT RAYA!!! Memang budak-budak gembira. Tapi masalahnya bila mau menukar duit di bank ni yang paling leceh - DUIT NOT BARU RM 1 TERLALU LAKU!!! Biarlah, duit lama juga yang dicari. Asalkan Bank Negara Malaysia masih boleh terima, kira duit jugak namanya. So selepas itu bermulalah journey kami untuk beraya di kampung... Si princess di kampung halamannya, di Keningau... Aku??? Hehehehe... Sana Membakut...





Si princess siuk, jam macamana sekalipun tu Keningau, dia ada adiknya yang pi ambik dia pakai motor, aku??? Kena drive si Bintang Hati selama 7 jam, dahlah tu, berdepan lagi dengan jam... Aku masih ingat, gara-gara mau sungkai sudah aku pi masuk kampung orang untuk ambik shortcut. Masuk Kg. Moogon Dambai, tembus sana Jambatan Sg. Papar plak... Sekali sampai Pekan Papar, mau-mau ada 10 minit lagi waktu bersungkai. Lepas sungkai perjalanan diteruskan namun peluangku mau memotong 6-7 kereta terbantut memandangkan terlalu banyak kereta yang naik ke Beaufort dan turun ke KK...

Sesampainya aku di Kg. Mawao Membakut, aku minta izin untuk aku ke Beaufort mencari makan... Sampai jak di Beaufort, aku hairan kenapa takbir raya bergema di mana-mana sahaja. Eh, indakkan pula esok sudah raya??? Baru 18 Ogos bah ni... Then aku sms si Princess dan ternyata benar rupanya raya sudah esok... Tengah malamku ku teruskan dengan membuat OVER TIME, menghias lanskap rumah yang sunyi sepi ke lanskap suasana raya. Pelita dipacak, caler light digantung dan rumah dibersih serta dihias. Siap jak kerja, aku jadi co-pilot pakcik aku yang mau hantar bini dan anak-anaknya ke Kuala Penyu...

Dijadikan penarik cerita, setibanya di Kg. Palu-Palu, kereta yang kami naiki tu DIPALU pulak oleh seekor kerbau yang tengah berlumba lari 100 meter dengan geng-gengnya. Mau diteriakkan tuan punya kerbau ada plak yang mandi darah nanti. Apa boleh buat, dah nasib kereta baru... Proton Exora dengan nombor pendaftaran SS 5976 R telah kemek di bahagian fender dan bila aku perhatikan, fendernya masih boleh digunakan lagi...




Hari raya pertama memang masa untuk sibuk bersama ahli keluarga. Namun kesempatan ku gunakan di raya yang kedua dengan mengunjungi Princess dan Inan Kecik di Keningau. Seawal jam 8.00 pagi aku telah bertolak ke Keningau melalui Jalan Kimanis - Keningau. Masa di Keningau, aku sempat bergunting rambut dan berjalan-jalan di Taman Rekreasi Bunsid.

Rasanya itulah perkembangan terbaru kami semasa hari raya yang lalu. Tapi kan kita raya selama sebulan... So, KAMI DENGAN PENUH RENDAH DIRI MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA ANDA SEMUA SEMPENA LEBARAN YANG MENJELMA INI. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dan aku akan ceritakan lagi kisah-kisah menarik nanti. Tunggu...