Monday 3 September 2012

Antara Ramadhan Dan Syawal

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera... Prince mulakan dengan ucapan alhamdulillah kerana walaupun sibuk sekali dengan pekerjaan namun ianya tidak menghalang untuk aku terus sunyi dan membiarkan blog ini terus sunyi tanpa cerita...

Pertama sekali, KAMI MEMOHON MAAF kerana membiarkan blog ini sunyi selama beberapa bulan. Kesibukan kerja menjadi penghalang utama mengapa blog ini terbiar. Namun izinkan aku untuk meneruskan kesinambungan cerita yang tidak akan pernah berakhir kecuali nafas telah terhenti...


Baru-baru ini kita telah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan al-mubarak. Puasa anda bagaimana??? Hahaha, kalau yang perempuan (macam si Princess) mesti indak full satu bulan sebab... (TUUUUUTTTTT!!!)

Namun puasa tahun ni kami amat kecewa kerana peluang untuk mencari rezeki tambahan (dan juga duit raya) TERHALANG gara-gara sikap seorang yang boleh diungkapkan pro kejiranan telah membuat komplen yang memaksa semua gerai dirobohkan oleh PBT. Apa boleh buat, itulah yang dinamakan KEHIDUPAN... Dan tahun ini juga menyaksikan kami bersungkai (berbuka puasa) di luar rumah... Tau ler si prince ni indak suka duduk diam di rumah...

Ramadhan tahun ini juga menyaksikan autoshow dilaksanakan di bulan puasa. Nah, karau tu jawabnya... Anjuran dibuat selama dua hari satu malam. Selain daripada itu Ramadhan tahun ni jugak HARBOUR MALL SANDAKAN telah beroperasi walaupun belum banyak kedai lagi ada di dalamnya tapi memang puas hati ler... Puasa, puasa jugak tapi aku berdoa puasaku tahun ini diterima oleh Allah SWT, Insya Allah dan ku harap agar dapat berjumpa dengan Ramadhan tahun hadapan tetapi adakah Allah akan memanjangkan usiaku di tahun hadapan???







Untuk julung-julung kalinya, KAMI MEMBERIKAN DUIT RAYA!!! Memang budak-budak gembira. Tapi masalahnya bila mau menukar duit di bank ni yang paling leceh - DUIT NOT BARU RM 1 TERLALU LAKU!!! Biarlah, duit lama juga yang dicari. Asalkan Bank Negara Malaysia masih boleh terima, kira duit jugak namanya. So selepas itu bermulalah journey kami untuk beraya di kampung... Si princess di kampung halamannya, di Keningau... Aku??? Hehehehe... Sana Membakut...





Si princess siuk, jam macamana sekalipun tu Keningau, dia ada adiknya yang pi ambik dia pakai motor, aku??? Kena drive si Bintang Hati selama 7 jam, dahlah tu, berdepan lagi dengan jam... Aku masih ingat, gara-gara mau sungkai sudah aku pi masuk kampung orang untuk ambik shortcut. Masuk Kg. Moogon Dambai, tembus sana Jambatan Sg. Papar plak... Sekali sampai Pekan Papar, mau-mau ada 10 minit lagi waktu bersungkai. Lepas sungkai perjalanan diteruskan namun peluangku mau memotong 6-7 kereta terbantut memandangkan terlalu banyak kereta yang naik ke Beaufort dan turun ke KK...

Sesampainya aku di Kg. Mawao Membakut, aku minta izin untuk aku ke Beaufort mencari makan... Sampai jak di Beaufort, aku hairan kenapa takbir raya bergema di mana-mana sahaja. Eh, indakkan pula esok sudah raya??? Baru 18 Ogos bah ni... Then aku sms si Princess dan ternyata benar rupanya raya sudah esok... Tengah malamku ku teruskan dengan membuat OVER TIME, menghias lanskap rumah yang sunyi sepi ke lanskap suasana raya. Pelita dipacak, caler light digantung dan rumah dibersih serta dihias. Siap jak kerja, aku jadi co-pilot pakcik aku yang mau hantar bini dan anak-anaknya ke Kuala Penyu...

Dijadikan penarik cerita, setibanya di Kg. Palu-Palu, kereta yang kami naiki tu DIPALU pulak oleh seekor kerbau yang tengah berlumba lari 100 meter dengan geng-gengnya. Mau diteriakkan tuan punya kerbau ada plak yang mandi darah nanti. Apa boleh buat, dah nasib kereta baru... Proton Exora dengan nombor pendaftaran SS 5976 R telah kemek di bahagian fender dan bila aku perhatikan, fendernya masih boleh digunakan lagi...




Hari raya pertama memang masa untuk sibuk bersama ahli keluarga. Namun kesempatan ku gunakan di raya yang kedua dengan mengunjungi Princess dan Inan Kecik di Keningau. Seawal jam 8.00 pagi aku telah bertolak ke Keningau melalui Jalan Kimanis - Keningau. Masa di Keningau, aku sempat bergunting rambut dan berjalan-jalan di Taman Rekreasi Bunsid.

Rasanya itulah perkembangan terbaru kami semasa hari raya yang lalu. Tapi kan kita raya selama sebulan... So, KAMI DENGAN PENUH RENDAH DIRI MEMOHON AMPUN DAN MAAF KEPADA ANDA SEMUA SEMPENA LEBARAN YANG MENJELMA INI. Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN dan aku akan ceritakan lagi kisah-kisah menarik nanti. Tunggu...

Monday 5 March 2012

New Design Of Bintang Hati

Wah, berapa lama uda ni Bintang Hati tidak tonjolkan dirinya. Asyik-asyik muka si Prince, Princess sama Inan Kecik jak kan??? Lagipun berapa lama blog ni indak kena update... Anyway ni dia muka baru Bintang Hati yang kiranya masi dalam proses modifikasi... Ada gak kena upload dalam FB...

Tuesday 7 February 2012

Kunjungan Melihat Pengantin Kawin...

Wah, nampaknya jiranku paling dekat dengan rumahku menjemput untuk menyaksikan persandingan kahwin... Bapa mau pergi tapi tu ler kalau kena GDL (Bukan lesen GDL bah, tapi GOUT DATANG LAGI...) Jadi Prince berfikir apa pakaian yang ngam untuk dipakai... Hmmm....

Macam biasa, aku pun melawatlah Princess sama si Inan Kecik. Aku ajaklah dorang ke tempat orang kahwin (Dan aku rasa korang pun tahu apa responnya) Jadi apa lagi, aku pun pecutlah balik ke rumah, tukar baju dan bawa dorang Princess sama Inan Kecik...

Aku mengenakan baju T lengan panjang, seluar jeans sama kasut kerja. Si Princess sama si Inan Kecik just berbaju kurung (Almaklumlah, like mother, like daughter...) Kami pun bergeraklah ke Dewan Masyarakat Sandakan pada pukul 7.00 malam.

Sampai jak di dewan, nasib baiklah parking indak jauh... Aku tengok tuan rumahnya sibuk menyambut tetamu. Masuk saja ke dalam dewan, aku tengok pelaminnya bertemakan putih-merah (Aik, parti UMNO ka??? Hehehehe...) Banyak lagi meja kosong belum diisi, sebab ramai lagi yang masih on the way ataupun under way ke dewan. Band team masa tu menyanyikan kompilasi lagu 60-an masa kami dah sampai. Kami nampak ada satu meja kosong indak ada orang. So kami landinglah di situ... Kiranya datang ni kunuk selain menengok pengantinnya, kami mau pok MAKAN BANYAK-BANYAK... Hehehehe...

Tepat jam 8.00 malam, pengantin pun tiba dengan sepasang baju pengantin berwarna kuning DiRaja. Perrhhh, memang padan pengantin tu. Sorang memang cantik ala-ala Katy Pery, lagi sorang tu macho ala-ala Pitbull... Sambil-sambil mataku ni melilau memandang bencong lawa, perutku mulalah menyanyi... Bila jak emcee umum makan beradab, nah itulah masanya aku melantak makan. Kena-kena lagi waiter yang faham perasaan laparku, terus dia bagi standby satu jag sirap sama nasi putih. Bila aku tengok lauknya, PERRRRHHHH... MEMANG TERBAEEEEEKKKKK... Ayam masak madu, udang butter, daging masak kicap, kari, ikan masak asam pedas dan buah sikui... Hehehehe, aku membelasah dua piring gitu (Nasib baik makan pakai sudu dan garpu, kalau pakai tangan, siaplah...)

Sempat gak si Prince nyanyi lagu tapi kesal sangatlah dengan emceenya, suka sangat merampas microfon tapi apa boleh buat, dia kan tuan rumah... Lepas jak menyanyi teruslah balik rumah...

Kalau mau cerita lagi, nantilah... Tunggu ada masa dan ada program atau aktiviti konpom aku bagi masuk gak dalam ni blog... Terima kasih pada yang sudi membaca...

Nak Hadiah....Ble????..

Selamat Malam dan Salam sejahtera semua..

 Time saya taip Blog ni, hari dah nak pagi.. Its almost 1.00am owh..Goshhh....mlm ni c Prince balik rumah kena tutupkan pintu..Alih-alih terpaksa la dia tido dlm kereta..kesiankan...Apa-apa pun saya tetap sayang kat dia..sebab saya dia kena tido kat dlm kereta....huhuhuhu :-(
 Bulan ni mungkin bulan yang sibuk bagi kami berdua...Prince dengan kerjanya..saya pun dgn kerja sendiri walau pun masih lagi tercari-cari pekerjaan yang sesuai...Apa yg menyibukkan kami berdua pun aku x tau la..mungkin sibuk dengan tekanan masing-masing. Dalam bulan ni ada Valentine Day dan lagi 1 percutian kami untuk balik ke Kampung ku iaitu di Keningau...harap semua ni akan berakhir secepatnya..Amin...hahahahahaha..
 Apa yang saya nak tulis hari ni adalah mengenai VALENTINE DAY..Yang sebenarnya kitaorang x sambut perayaan ni..haram di sisi agama..Tahun lalu orang lain sibuk sambut Valentine..kitaorang buat biasa jer..siap taip di status FB bahawa cara kami sambut Valentine, kami pi makan Roti canai 2 keping sorang di restorang mamak di BDC, Sandakan sambil tgok gusti..Lucu plak bila saya ingat kembali peristiwa tu..hahahahaha..x pernah di buat orang..

Prince saya mau ni cikulit..bulih kan???...
Tahun ni..x tau lagi kemana saya kena bawa oleh c Prince....X kemana-mana pun x apa (teringin juga mau dinner ala-ala romentik) matai.....tapi saya mau 1 jak iaitu Coklat,perfume dan sewaktu dengannya(mcm iklan la plak)...Tapi tu coklat/kek(blueberry) yg emergancy dan yang paling penting x mau share dgn abg Prince..Kompom dapat makan 1 jer..dia  dgn c Inan Kecik yg lantak semua...Kesiankan saya???..."Prince, blekan belikan apa yang saya mau semua ni?"...Saya SAYANG KO BANYAK-BANYAK (membodek ni la caranya)...hahaha..tapi betul la..mmg saya Lop Lop sama dia..
kalau dia x mau belikan saya nak kek..Ble????..hahahahahahaha..pening kepalanya nanti...X pa..kalau pening ada tu panadol ubatnya... Tapi ble la ya...ya...ya... Pelissssss!!!!!...

Dah la..apa-apa pun ada ka atau pun x ada saya terima jer....Kalau ada lagi bagus!!!!..hahahaha....
Kalau x da pun x akan mengubah apa pun perasaan saya sama dia.....sama gak...Apa yang saya suka tentang dia ialah "Susah Senang Sama-Sama di Kongsi Bersama"
Dan akhir kata sebelum saya pi modop (ZzZzzzzz)..I ALWAYS LOVE U PRINCE!!!! (harap ko jgn baca ya Prince..Malu aku)




By me:
Your Princess












Friday 3 February 2012

Rintihan Seorang Kakitangan Awam Dan Seorang Surirumah Dalam Praktikal

Hari ke hari, hari ke minggu, minggu ke bulan dan bulan ke tahun... Prince dengan kerjanya, princess dengan aktivitinya. Bukan apa, setiap yang hidup mestilah BEKERJA, kan... Indak bekerja, maka PENGANUAN pun TIADA...

Bekerja, mengerjakan, dikerjakan atau terkerja... Hahaha, besalah kalau dah namanya ada kaitan dengan KERJA... Mencuri itu kerja (walaupun indak halal), berfikir pun kerja jugak (walaupun boleh memeningkan kepala), dan bercakap juga kerja (walaupun bertempias) tapi hidup ini indak sah kalau ada KONFLIK KERJA...

Kita bekerja supaya dapat memuaskan hati BOS dan jugak DIRI SENDIRI (ble percaya ka ni???) Tapi ada jugak kata, bekerja ini supaya kita cepat naik pangkat (Tapi realitinya memang YA) Dan ada jugak yang kata kita bekerja supaya kita dapat mempengaruhi bos kita agar kita sentiasa terlindung daripada apa sahaja yang kita lakukan... Inilah yang berlaku sama si Prince. Minggu ni saja mau 5 kes pergaduhan antara rakan sejawatnya dengan KPT (Ketua Pemb. Tadbir) gara-gara cuti punya pasal. Apa tidaknya, sikap tolak ansur boleh dilakukan oleh setiap manusia tapi yang amat menghairankan, KPT ni mementingkan peraturan kerja dan tidak mahu bertolak ansur dengan orang bawahannya termasuk si Prince... Akhirnya si KPT jugak yang malu sendiri dengan kelakuannya yang benar-benar MENGASI PANAS....

Nah, akibat ego dengan keadaan di pejabat, si Prince melepaskan amarahnya sama sebatang pokok kelapa sehingga sebiji kelapa tua gugur dari pokoknya. Nah, kalau sudah buah kelapa yang gugur, bayangkan kalau tiba-tiba amarah si Prince dilepaskan sama si KPT, apa akan terjadi??? Si Prince mungkin kena turun pangkat, si KPT pulak kena suruh pindah kerja... Mana yang best, turun pangkat ka kena kasi pindah??? Kalau turun pangkat, bayaran gaji kena kasi kurang dan lebihan gaji yang dibayar pada tahun ini mungkin si Prince kena bayar balik... Kalau hanya setakat dikasi pindah, boleh dia bikin hal dengan orang bawahanya di opis baru tapi namanya buruk sudah... Masing-masing ada akal, jadi ikutlah kata Nabil LU FIKIRLAH SENDIRI...

Si Princess pun kesian jugak... Dialah yang setia menanti kedatangan si Prince ke rumah dan berkongsi cerita suka duka dunia pekerjaan si Prince... Walaupun si Inan Kecik tidak mengerti apa-apa namun biarlah, suatu hari nanti si Inan Kecik akan menjadi si Inan Besar dan akan merasa sendiri dunia pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Setiap hari Prince bantu si Princess mencari pekerjaan tanpa mengenal putus asa. Prince juga mencari part time supaya dia dapat inside come untuk dirinya dan Princess juga Inan Kecik...

Beginilah lumrah hidup di dalam dunia pekerjaan. Tidak bekerja, keringlah poket, bila bekerja berisi poket tetapi siap sedialah dengan segala jenis 'peluru dan senapang' untuk menghadapi saat manis dan pahit tika kerja sedang dilaksanakan. Kesian, kan???

Saturday 28 January 2012

Kenangan Bersama Sandakan Myvi Club (SMC)

Masih segar di ingatanku tarikh 31 Januari 2011 yang lalu, aku telah join Sandakan Myvi Club yang pada ketika itu sudah ada kira-kira.... Berapa ya??? Owh, ada 15 buah Myvi. Aku telah diperkenalkan kepada seorang pengasas kelab ni iaitu saudara Anwar. Dia kata, dia akan hubungi mana-mana ahli yang mahu join kelab tu untuk menghadiri mesyuarat agungnya yang pertama...

Namun semua itu sudah menjadi kenangan bagiku, tarikh 31 Januari 2012 telah ku pilih untuk aku mengakhiri zaman kegemilangan bersama kelab tersebut. Genap setahun aku join kelab tu. Sejujurnya memang aku sayang sangat-sangat dengan kelab ini termasuk geng-gengnya, tapi atas perkara yang amat mendesak, aku memilih untuk keluar dari kelab ini sebagai langkah yang terakhir agar kelab ini akan terus mantap dari masa ke semasa.

Aku doakan semoga Sandakan Myvi Club akan terus sukses sehingga bila-bila dan untuk semua geng SMC, teruskan usaha untuk memajukan kelab tersebut dan doaku sentiasa mengiringi kalian... Amin...




Tuesday 24 January 2012

Celebrate Tahun Baru Cina Bersama Ah Zhai

Pada Isnin 23 Januari yang lalu, aku, princess dan inan kecik berjalan-jalan seketika ke Pasar Umum Sandakan mau beli ikan setengah kilo. Waktu tu hujan lebat. Entah macamana, terlintas di fikiranku mau datang ke rumah kawan Kelab Myvi Sandakan, si Ah Zhai di Flat Sim-Sim time tu untuk celebrate tahun baru cina bersama. So aku teruslah ke rumahnya...

Sampai sahaja di rumahnya, Myvinya pulak tiada... Aku try ler kol guna hp princess (Hehehehe... Hpku xda kredit...) Dia kata dia di Sri Taman. Adei, xda chance mau melawat dia ni di rumah... So aku pun bergeraklah ke rumah princess. Mau merasa ikan yg dibeli tu kunun ler... Jadi kiranya kami dinnerlah pendek cerita...

Lepas kami makan, aku pun membukalah FBku yang setia menanti... Bila ku tengok ada plak si Ah Zhai ni on9... Trus aku attack dia. So ni dialog antara aku dgn dia...:

PPBH : Masi di Sri Taman ka???
JCCH : Tol
PPBH : Bila aku ble serbu rumahmu?
JCCH : Esok ptg ok?
PPBH : Agak2 dlm jam brp???
JCCH : Jam 2 gitu la. Tapi xda angpau oh, x boleh bg, pakcik baru meninggal
PPBH : Aku dtg bkn mau angpau... Just mau merasa menu yg ko sediakan. Aku faham gak bah, yg penting
             aku dtg ke rumahmu.
JCCH : Haha.. Ok bah... Dilayan.

PPBH = Prince Princess Bintang Hati
JCCH = Janaury Chung Chu Hiung

So 24 Januari aku, princess dan inan kecik datanglah ke rumah si Ah Zhai ni... Sampai saja di rumahnya, mamanya yang sambut kedatangan kami. Tapi tidak sangka jugak aku terjumpa kawan satu sekolah dan rakan dalam FB iaitu Chocolatier Chiu yang masa tu tengah siuk makan bilis sambil tengok TV. Si Ah Zhai plak tengah main mahjong di belakang... Fuh, banyak gak menunya... Ada coklat, ada kuih, ada keropok dan tak miss iaitu limau... Limau ni satu kemestian sama aku. Entah kenapa...

Abis jak si Ah Zhai ni main mahjong dia mengajak lepak di tembok. Ngam timing plak si Jeff Da Astroboy sama si Cheem join lepak... Lepak jak beberapa jam kami trus chau pulang rumah...
OTW ke rumah Ah Zhai (Sempat peace lagi bah...)

Ah Zhai, punya kencang ko masa kecik...



















Lepak di tembok ramai-ramai




Saturday 21 January 2012

Prince, Princess dan Inan Kecik

Hehehehe... Princess ada buat suggestion sama aku, apa kata kalau pic kami tiga orang diupload, jadi senang blogger dan pembaca mengenalinya... So di sini aku mau bg tunjuk muka sepa prince, sepa princess dan sepa inan kecik...
 
Prince = MARWAN RABANI BIN ABDUL MAJID

Nah, ni si Prince. Dia ni peminat setia BLACK ANGRY BIRD tapi indaklah sampai tahap fanatik sangat bah... Kalau mahu tahu, patung tu dia beli dengan harga RM 150.00 sahaja... Kalau di KK mau-mau RM 1K uda...


Ni plak Princess. Dia ni peminat fanatik sama si Prince (Angry Bird..Hehehe...) Untuk pengetahuan anda, si Princess ni si Prince suka sangat mau sakat and kasi geletek sama dia ni... Konpom si Prince bergoncang perut ketawa tengok si Princess ni mula membebel indak tentu hala...

Inan Kecik = AIN FATEHA
Dan ini plak si Inan kecik... Suka sangat bergayut sama si Prince... Ke mana saja si Prince berjalan, di situlah jugak dia. Kalau si Prince berhenti berjalan, dia pun ikut berhenti. But anyway she cute for Prince...

So, begitulah rupa si Prince, Princess sama Inan Kecik. Tapi mesti ada yang bertanya, SEPA PLAK BINTANG HATI??? Okey, okey, okey... Meh Prince bagi tengok siapa sebenarnya Bintang Hati...

Stay dengan kawan-kawan di Kopitiam Tawau


Pic di sebelah kanan ni pic masa si Prince stay bersama-sama kawan-kawan di Tawau. Rasanya ada kenal sudah mana satu Bintang Hati??? Kalau masih indak tahu, pandang pic sebelah bawah teks ni. Jadi mesti korang masih rasa pelik yang mana satu Bintang Hati, kan???







Autoshow Hari Pekerja di Giant Sandakan
Nah, kalau mau tahu sebenarnya BINTANG HATI adalah gelaran kepada kenderaan kepunyaan Prince dengan nombor platnya SS 9750 J, Perodua Myvi 1.3 Keluaran Tahun 2006. Nah, kenal sudah dengan Prince, Princess, Inan Kecik sama Bintang Hati???
Autoshow Pesta Kaamatan di Tenom

Apapun, kami mengucapkan SALAM PERKENALAN DENGAN KAMI SEMUA... Jadi kalau ada FB tu add sahaja kami, Insya Allah kami akan terima (tetapi dengan bersyarat...)

Kedatangan Wani bersama kereta baru...

Pada pukul 5 petang, Prince tinggal bersendirian di rumah. Bapa sama si Hadi ke Taman Samudera, mama plak buat kerjanya di atas. Sunyi memanglah sunyi tapi nasib baik ada FB yang setia menanti. Sambil-sambil aku on9, tiba-tiba aku dikejutkan dengan sebuah Naza Forte parking di depan rumahku. Sepa lagi datang ni??? Mau indak mau terpaksalah aku berdiri menengok sepa gerangan kereta tu... Kereta besar tu beb...

Bila pintu rumah dibuka, driver kereta tu pun turun. Owh, rupanya adik iparku si Achai datang bersama adikku, si Wani. Memang ada beberapa minggu ni adikku mahu membeli kereta baru. Dan bila aku tengok ternyata aku memang puas hati dengan kereta tu.

Aku membantu dorang angkat barangama, kata adikku. Memanglah, punya besar kotak yang diangkut dari KK... Selepas beberapa ketika, adikku yang sudah sampai dari Kunak, si Rapie sudah sampai selepas berjalan bersama bosnya. Si Rapie mengeluh kerana aku tidak bagitahu yang aku mau pakai Bintang Hati. Ku kata indak apalah...

Aku keluar bersama si Wani, kataku aku mau tengok kecanggihan kereta yang mereka beli. Wani pun bagi aku sebuah remote alarm kereta yang tiada kunci. Aik, biasanya kereta sekarang ni mesti ada kunci, yang ni plak tiada... Nah, aku kejakunan sekejap. Wani membawa aku ke pintu kereta dan menyuruh aku menekan satu suis kecil untuk membuka alarm pintu tu. Ternyata bila aku tekan suis tu kunci kereta tu trus terbuka. Then aku masuklah ke dalam kereta dan aku mahu try start enjin tapi dahlah remote tiada kunci, mcmana aku mau start tu kereta??? Si Wani bagitau, terdapat satu button ENGINE START / STOP di sebelah kiri stereng. Wah, inilah satu-satunya starter yang aku mau pasang di Bintang Hati... Bila aku try start ternyata enjin berfungsi dan aku lihat lagi sistem semi manualnya. Wah, di bawahnya ada gear automatik, tapi yang bestnya di atas stereng di sebelah kiri dan kanan terdapat dua suis gear yang berfungsi seperti gear automatik. Malah, bila aku masukkan gear R (Reverse Mood) terdapat imej di cermin pandang belakangnya. Wah, ada reverse camera kataku. Aku cuba lagi sistem aircondnya. memang kereta tu mesra alam, dia sesuaikan suhu aircond dalam kereta dengan persekitaran di luarnya. Memang benar-benar canggih.

Makan Malam Dan Promosi SSP

Well, seperti yang aku janjikan Prince akan menceritakan suasana dinner sebentar tadi. Walaupun nampak ringkas tapi kira ada hati jugak mau join bisnes e-Dagang...

Jam 7.30 malam, aku bersama Hadi dan kawannya Datuk bergerak mengambil princess sama inan kecil untuk menghadiri dinner bersama Hj. Shuib dan En. Manan. Kata Abang Hj. kunun, En. Manan mau buat pembentangan mengenai bisnes yang dibuat. So indak salah kalau kita dengar, cuma terpulang daripada diri sendiri sama ada mau join atau indak...

Sampai di Restoran Hikmah jam 8.05 malam, rupanya event dah mula. Masuk sajalah walaupun lambat, janji indak terlepas peluang dan selagi seat masih ada. Wah, my SMKE Staff Cikgu Nurhazirah rupanya join sekali!!! Well, kami pun mulalah mendengar perkongsian antara kami dengan En. Manan...


Wah, ingatkan bisnes ni betul-betullah full time biz tapi dia guna konsep e-Dagang atau lebih dikenali sebagai NETWORK BIZ. Hanya 3 orang sahaja diperlukan, then hasilnya boleh 'dituai' pada setiap 7 dan 22 haribulan setiap bulan!!! Selain modalnya serendah RM 335.00 dan setinggi RM 3035.00 dia perlukan 3 orang untuk guna barang yang diperkenalkan dan daripada 3 orang tu dah ada downline, kita boleh mendapat imbuhan sehingga RM 6K!!! Bayangkan kalau setiap 7 dan 22 haribulan dapat RM 6K, perrrhhhh... Memang terbaiklah biz ni...

Then Abang Hj. bg idea lagi (terutamanya untuk aku, yelah kan sama-sama BELIA) bagaimana untuk mendapatkan wang poket yang banyak... Good idea Abang Hj, nanti ku lagau Abang Hj. di Labuan supaya bulih ku tinguk dengan mataku sendiri bagaimana ideamu ni dijalankan serta prosedurnya bagaimana...

Event tu siap jam 10.30 malam. Abang Hj. plak hilang entah ke mana tapi dia pesan sama aku supaya jumpa dia di Airport Sandakan esok pagi sebelum dia berlepas ke KK ikut 1st flight. Jam 11.00 malam kami tinggalkan Restoran Hikmah sebelum ku hantar princess balik ke rumah dan aku bersama Hadi dan Datuk balik ke Taman Merpati mengharungi hujan yang lebat...

Jika anda ingin mengetahui bagaimana sistem SSP yang diterangkan oleh En. Manan tu, nanti aku akan bagi penerangan sendiri. Tu pun kena jumpa face to face, jadi senanglah cerita...

Friday 20 January 2012

Hj. Shuib Datang Ke Sandakan

Indak lama lagi Tahun Baru Cina mau datang sudah... Prince macam besalah... Kerja lagi untuk satu hari sebelum cuti sakan minggu depan... Semalam seorang sahabat yang juga merupakan pemimpin belia yang amat disegani di W.P Labuan, Hj. Shuib Nasir bersama rakannya iaitu En. Manan telah aku ajak untuk menikmati 'santapan raja' (Abang Hj, itu yang kau gelar, kan) iaitu LAKSA SABAH... Nasib baik si Hadi sama si Datuk yang masak...


Mula-mula jam 7.00 malam (selepas berurusan di Sungai Kayu) keluarlah aku sama si Hadi... Mula-mula ke Giant mencari bahan, tapi wal na hasil terpaksa plak bergerak ke Parkwell Bandar Indah... Si princess ni malar balik-balik membunyikan handphoneku yang ku simpan di bawah handbrake... Silap ambik, tertarik handbrake, konpom EKSIDEN... (Princess, sabar dulu ya sayang... Abg tgh mencari lauk untuk kita makan hari ini)

Sampai di Parkwell, sempat lagi jumpa ex staff SK Karamunting, Ustazah Munirah... Si Hadi sudah mula merungut, bahan untuk bikin laksa indak kejumpaan... Sambil mencari perlahan-lahan, jumpa pulak dia punya sambal... Sudah dapat satu bahan, then jumpa plak sardin cap KING (kamu orang ingat cincai ka punya sardin???) Nah, sudah dapat dua bahan... Lepas bayar, aku ingat mau sambung mencari bahan di Servay Bandar Kim Fung sambil mengingatkan diriku supaya membeli bateri jam dinding...

Aku terpaksa memparkingkan kereta di depan padang permainan... Syukurlah, taman permainan dah terang benderang. Daripada gelap gelita, nanti malar mataku ni mencari orang sedang beromen-romen. Dosa lagi... Sampai saja di pintu masuk Servay, mak datuk nenek moyang punyalah ramai manusia... Nasib baik bukan raya puasa, kalau indak... Aku sama si Hadi terus mencari mi laksa dan akhirnya jumpa jugak, ngam-ngam tinggal dua bungkus, tapi harganya RM 3.00 sebungkus... Punya main mahal...

Masa membongkar ayam plak, princess aku kol lagi... Dia minta cari lauk sama telur sama sos tiram sama ubatnya... Yang melucukan, si Hadi memegang ayam buruk tapi Servay tu jual jugak... "Bang, baunya ayam ni, macam bau D*B*R... Mati eh, ko pi byr luk brg2 ni, aku mau ke tandas, mau cuci tangan..." Kesal sangat dengan pihak Servay Bandar Kim Fung, dah tahu ayam tu buruk kenapa masih disimpan??? Tahulah harganya baru RM 17.50 tapi dah menghitam macam ayam tu mati kena suntik...

Lepas bayar, barulah bergerak ke rumah princess hantar semua barang-barang tu. Sambil aku sempat beritahu yang si Hadi mau masak laksa, si princess mulalah mengidam mengalahkan ibu mengandung... DIA MAU PLAK MAKAN LAKSA... Nehhh... Sampai sahaja di rumah selepas ambik si Datuk, aku bergegas mengambil Hj. Shuib bersama rakannya untuk datang ke rumah menikmati 'santapan raja' ni...

Kedatangan mereka disambut oleh keluargaku... Sambil-sambil bercerita mengenai program keusahawanan, mereka menanti dengan penuh sabar laksa yang tengah dikerjakan oleh si Hadi, mereka mengajak untuk menghadiri dinner dan sesi beramah mesra yang akan dilakukan oleh En. Manan... Kalau indak silap, jam 10.00 malam barulah mereka dan aku menikmati Laksa Sabah... Perrrhhhh, berpeluh gak aku dibuatnya... Tapi aku tengok si Hj. Shuib sama En. Manan ni, dorang makan dan terus mengumumkan bahawa dorang indak malu kalau bab makan... Nehhh, baru ko tahu...

Jam 11.00 malam, aku hantar En. Manan balik ke Hotel Libaran. Hj. Shuib pulak mau ke bandar, alasannya mau menengok Padang Bandaran Sandakan... Si princess sama si Inan kecik join sekali lepas ku hantar laksa ke rumahnya... Sambil-sambil berborak aku membawa mereka terus ke Pasar Umum Sandakan. Wah, si Abang Hj. ni sekali memajak buah bukan alang-alang. Lepas tu si Abang Hj. mau balik ke Hotel Libaran lepas aku hantar balik si princess... So, perjalanan cerita pasal dinner tu akan aku masukkan nanti jam 1.00 pagi ni...

Wednesday 18 January 2012

Our Starting Blog Today

Hari ni 1st time kami buat Blog ni...Sekadar untuk luahan rasa kami berdua..:

Prince: Rutinnya mcm biasa di sekolah...Balik rumah dan tido...huhuhuhuhuu

Princess: Masih kebingungan di rumah..Hari2 buat benda yang sama..Bingung krn sampai skg masih x dapat2 lagi kerja..Susah sangat kerja area Sandakan ni kan  Kepada sapa yang ada tau mana2 ada jwtn kosong tu sudi2 la bah hubungi saya..Errrrreeeiiii...