Indak lama lagi Tahun Baru Cina mau datang sudah... Prince macam besalah... Kerja lagi untuk satu hari sebelum cuti sakan minggu depan... Semalam seorang sahabat yang juga merupakan pemimpin belia yang amat disegani di W.P Labuan, Hj. Shuib Nasir bersama rakannya iaitu En. Manan telah aku ajak untuk menikmati 'santapan raja' (Abang Hj, itu yang kau gelar, kan) iaitu LAKSA SABAH... Nasib baik si Hadi sama si Datuk yang masak...
Mula-mula jam 7.00 malam (selepas berurusan di Sungai Kayu) keluarlah aku sama si Hadi... Mula-mula ke Giant mencari bahan, tapi wal na hasil terpaksa plak bergerak ke Parkwell Bandar Indah... Si princess ni malar balik-balik membunyikan handphoneku yang ku simpan di bawah handbrake... Silap ambik, tertarik handbrake, konpom EKSIDEN... (Princess, sabar dulu ya sayang... Abg tgh mencari lauk untuk kita makan hari ini)
Sampai di Parkwell, sempat lagi jumpa ex staff SK Karamunting, Ustazah Munirah... Si Hadi sudah mula merungut, bahan untuk bikin laksa indak kejumpaan... Sambil mencari perlahan-lahan, jumpa pulak dia punya sambal... Sudah dapat satu bahan, then jumpa plak sardin cap KING (kamu orang ingat cincai ka punya sardin???) Nah, sudah dapat dua bahan... Lepas bayar, aku ingat mau sambung mencari bahan di Servay Bandar Kim Fung sambil mengingatkan diriku supaya membeli bateri jam dinding...
Aku terpaksa memparkingkan kereta di depan padang permainan... Syukurlah, taman permainan dah terang benderang. Daripada gelap gelita, nanti malar mataku ni mencari orang sedang beromen-romen. Dosa lagi... Sampai saja di pintu masuk Servay, mak datuk nenek moyang punyalah ramai manusia... Nasib baik bukan raya puasa, kalau indak... Aku sama si Hadi terus mencari mi laksa dan akhirnya jumpa jugak, ngam-ngam tinggal dua bungkus, tapi harganya RM 3.00 sebungkus... Punya main mahal...
Masa membongkar ayam plak, princess aku kol lagi... Dia minta cari lauk sama telur sama sos tiram sama ubatnya... Yang melucukan, si Hadi memegang ayam buruk tapi Servay tu jual jugak... "Bang, baunya ayam ni, macam bau D*B*R... Mati eh, ko pi byr luk brg2 ni, aku mau ke tandas, mau cuci tangan..." Kesal sangat dengan pihak Servay Bandar Kim Fung, dah tahu ayam tu buruk kenapa masih disimpan??? Tahulah harganya baru RM 17.50 tapi dah menghitam macam ayam tu mati kena suntik...
Lepas bayar, barulah bergerak ke rumah princess hantar semua barang-barang tu. Sambil aku sempat beritahu yang si Hadi mau masak laksa, si princess mulalah mengidam mengalahkan ibu mengandung... DIA MAU PLAK MAKAN LAKSA... Nehhh... Sampai sahaja di rumah selepas ambik si Datuk, aku bergegas mengambil Hj. Shuib bersama rakannya untuk datang ke rumah menikmati 'santapan raja' ni...
Kedatangan mereka disambut oleh keluargaku... Sambil-sambil bercerita mengenai program keusahawanan, mereka menanti dengan penuh sabar laksa yang tengah dikerjakan oleh si Hadi, mereka mengajak untuk menghadiri dinner dan sesi beramah mesra yang akan dilakukan oleh En. Manan... Kalau indak silap, jam 10.00 malam barulah mereka dan aku menikmati Laksa Sabah... Perrrhhhh, berpeluh gak aku dibuatnya... Tapi aku tengok si Hj. Shuib sama En. Manan ni, dorang makan dan terus mengumumkan bahawa dorang indak malu kalau bab makan... Nehhh, baru ko tahu...
Jam 11.00 malam, aku hantar En. Manan balik ke Hotel Libaran. Hj. Shuib pulak mau ke bandar, alasannya mau menengok Padang Bandaran Sandakan... Si princess sama si Inan kecik join sekali lepas ku hantar laksa ke rumahnya... Sambil-sambil berborak aku membawa mereka terus ke Pasar Umum Sandakan. Wah, si Abang Hj. ni sekali memajak buah bukan alang-alang. Lepas tu si Abang Hj. mau balik ke Hotel Libaran lepas aku hantar balik si princess... So, perjalanan cerita pasal dinner tu akan aku masukkan nanti jam 1.00 pagi ni...