Tuesday 29 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434H

"Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Aku rindu padamu..."

Syahdu juga lagu nasyid yang memuji dan mengagungkan Rasulullah SAW. Peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW masih melekat di dalam ingatan setiap manusia. Pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 571 Masihi lahirlah seorang manusia yang dinamakan MUHAMMAD IBNU ABDULLAH. Ayahnya bernama ABDULLAH ABU MUTALIB dan ibunya bernama AMINAH di Mekah Al-Mukarramah. Peristiwa selama 1434 Hijriah lamanya membuatkan aku sentiasa menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola walaupun aku tahu aku masih belum sempurna seadanya...


Kesempatan mengingati peristiwa kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW telah digunakan sepenuhnya pada 26 Januari 2013 bersamaan Sabtu yang lalu. Seawal jam 6.00 pagi aku berjaya bangun. Tidak seperti cerita-cerita yang lalu, malarlah si Princess yang kasi bangun aku. Kali ni, aku berjaya bangun sendiri. Lepas jak gosok baju Melayu berwarna UNGU teruslah aku pecut ambil si Princess sama si Inan Kecik. Sampai jak di bandar mau-mau dekat jam 8.00 pagi. Biarlah, Ketua Menteri pun belum sampai lagi, so lepas parking dekat Pejabat Pos Besar, sempat jugaklah pekena Konomen sama Roti Bakar 4 set. Janji indak pengsan masa di Padang Bandaran nanti...

Uish, sedap ni barang tau...
Kena-kena lagi roti bakar 4 set, bukankah NYAMAN???



































Masuk jak dalam Padang Bandaran Sandakan, kami tengok manusia ni punyalah ramai... Daripada yang pakai baju Melayu lengkap bersamping sampailah yang pakai baju arab pun ada... Masya Allah, PUNYA RAMAI UMAT ISLAM BERHIMPUN!!! Syukur Alhamdulillah... Pencarian bermula selepas si Princess sound aku, "Di mana geng Warga 1 Sandakan berhimpun, bang?" Jangan hairan, aku mula mencari dari arah belakang sebab kemungkinan besar ada kenalan yang aku kenal, boleh tahu di mana lokasi barisan... Hehehehe... Dan akhirnya aku terjumpa jugak, hehehehe... Walaupun indak ramai tapi paling penting semangatku berkobar-kobar mau berarak sambil berselawat mengagungkan Rasulullah SAW. Walaupun lelakinya cuma 5 orang sahaja, tapi indak apa. Biarlah...

Jam 9.00 pagi barulah datang Ketua Menteri di padang... Ni first time aku dengar Ketua Menteri berucap kurang daripada 5 minit. Dia bagitau yang dia baru sampai dari KK dan memohon maaf sebab dia lewat tiba. Biarlah datuk, janji kau ada join kira OK ler...

Jam 9.30 pagi perarakan pun bermula... Aku mainkan perananku memegang sepanduk menggantikan si Dayang Qarinah. Yalah, manalah bah elok kalau perempuan yang pegang tu sepanduk... Di hadapan barisan Persatuan Belia Warga Sandakan adalah sebuah kereta Jabatan Penerangan yang berselawat. So apa lagi, berselawatlah kami beramai-ramai... Memang best, sambil berjalan sambil berselawat. Sambil berjalan dapat jugak pahala... Jauh juga kami berarak ni, bermula dari Padang Bandaran Sandakan, limpas CIMB Bank, limpas lagi BSN, buat U turn di depan Suntos, limpas lagi bekas KFC, limpas lagi Hotel Hawaii, limpas lagi Standard Chartered, belok masuk ke highway tepi laut sampailah ke Dewan Masyarakat Sandakan. Mau-mau lebih kurang 3 batu jauhnya...

Siap saja berarak, kami pun beredarlah dari dewan, bukan tidak mahu ikut acara seterusnya, ini adalah kerana dewan tu terlalu sesak dan padat... Kami lepaklah di sebuah restoran berhadapan Sea Front Hotel...

Terima kasih kepada Rozzee AlamKiamat di atas jemputannya, terima kasih juga kepada Mhanz Nana, Izwan Haqimie, Dang Jue Nasfah, Dayang Qarinah Abdullah, AJ CH, Cik Sue, Permata Impian dan ReenaZareen sebab kasi gempak tu perarakan...

Bagi tunjuk muka dulu walaupun time tu panas... Bersama AJ CH dan Izwan Haqimie
Kami pun mula berarak... Izwan Haqimie, jangan kacang bah bos...

Dayang Qarinah senyum mesra...



















Inilah kami, barisan Persatuan Belia Warga Sandakan... Princess, napa di belakang...

Memasuki ke Coastal Highway


Kejap lagi sampailah ke Dewan Masyarakat Sandakan... Aik, si Inan Kecik pun ada...




























Terima kasih kerana sudi membaca blog kami ni... Nanti kalau ada masa akan dikemaskini jugak tu...

Sunday 20 January 2013

Blue Wave

Haha, hujung minggu ni membuatkan kami sentiasa basah terus menerus. Apa indak, hujan terus di Sandakan ni. Walau bagaimanapun, syukur kepada Allah kerana membasahkan bumi Sandakan ni. Walaupun hujan, namun ini tidak menghalang pengerakan kami.

Kejap ah, mesti ada yang bertanya, kenapa tajuk dalam blog kali ni diberikan nama BLUE WAVE ataupun GELOMBANG BIRU dalam BMnya... Jangan risau, memang betullah tajuk ini dan ianya tiada kaitan dengan keadaan di laut kita sekarang ini. Haha, bukannya apa, 20 Januari tahun 2013 menyaksikan ada satu program yang kami join di Dewan Sri Libaran (Di mana dewan tu??? SANA BAH, BATU 7 JALAN BATU PUTIH) dan nama program tu dinamakan SEPETANG BERSAMA KETUA MENTERI SABAH... Kejap, mesti ada yang tanya lagi ni, apa kaitan program tu sama Blue Wave??? Nah, kasi chance luk aku taip-taip ni cerita... Kamu baca jak... Dan, gambar di atas tu TIADA KAITAN SANGAT DENGAN PROGRAM YANG KAMI IKUTI NI YA...

Sekali lagi, aku terlajak tidur lagi... Macam jugak masa Perhimpunan Belia Myvi tahun lalu punya cerita. Tapi kali ni beliau kasi bangun pulak... Dan bila aku tengok jam, rupa-rupanya 8.20 pagi... Ya Allah, terlajak lagi aku tidur rupanya... Indak apa, aku mandi then aku inform dengan si princess yang aku dah siap. Princess plak maklumkan bahawa geng BMAC sudah menunggu aku di Bandar Letat Jaya. Then setibanya di lokasi berkumpul, ada si Cheem, Mel, VJ dan Ayie. Aku inform dorang bahawa program tu bermula pada pukul 11.00 pagi. Kami bergerak ke Dewan Sri Libaran pada pukul 10.30 pagi dan tiba di dewan tu pada pukul 11.00 pagi.

Inilah Dewan Sri Libaran...


Setibanya di sana, belum ada orang lagi yang datang. Cuma kami saja yang sampai. So kesempatan tu diambil untuk buat pendaftaran dan kena ambil baju bertulis GELOMBANG BIRU... Nah, itu sebab aku bagi tittle ni sebab aku join program BN bah... Then bila sudah register, kami bergerak ke Pasar Taman Fajar untuk menikmati BRUNCH (Sarapan + Makan Tengahari). So kami patah balik ke dewan pada pukul 1.00 petang.

Acara bermula dengan acara... MAKAN!!! Hahahaha, wei banyak makanan free... Ada mee goreng, ada roti canai, ada roti jala, ada burger, ada coto makasar even KAMBING PANGGANG DAN BUAH-BUAHAN PUN ADA!!! Even KEK HARI JADI PUN KENA KASI FREE BAH!!! HOHOHO!!! Makan saja sampai pecah perut... Hahahaha... Time-time kesiukan makan dengan Jeff The Astroboy bersama keluarga sama si Ayie, nah di situlah si Ampal datang bersama 3 lagi artis yang sememangnya aku kenal jugak. Dorang yang aku jumpa adalah JANRYWINE J. LUSIN, ASMIN MUDIN DAN EBI KORNELIS. Wah, lama jugak aku indak jumpa dorang ni tahu... Aku pi sound si Ebi, si Ebi terkejut dan dia bagitau terlalu lama kami tidak berjumpa. Begitu juga dengan si Asmin sama si Janry (Tapi aku sempat berhibur dengan si Janry masa di KL tahun lalu)

Nah, acara makin gamat dengan kedatangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman. Time tu aku berada di atas pentas dengan geng-geng BMAC. Nah, mesti kamu pelik lagi ni kan... Kenapa pulak kami ada di atas pentas, di mana nanti Ketua Menteri mau duduk... Begini jawabnya, konsep yang dibuat masa kami awal datang tu berkonsepkan SANTAI. Pilih sahaja mana-mana tempat, janji boleh stay... Best, kan???

Sambil-sambil aku berhibur, sambil tu jugak aku menyisip di belakang si Ebi. Nah, habis aku kena sorong suruh menyanyi KASIHNYA LAILA. Aku nyanyilah walaupun kahak macam malakat di kerongkong... Then, aku buat jugak apa yang aku buat sama si Ebi tapi time si Asmin Mudin menyanyi KAU ILHAMKU... Yang indak sempat sama si Janry sebab jauh bah dia berdiri... But anyway bro Janry, I like your performance... Tatap steady dan bersahaja, sama macam ko menyanyi masa di Putrajaya tahun lalu. Keep it up bro... And buat bro Asmin Mudin, terima kasih kasi chance aku nyanyi lagu SAYANG KINABALU tu. Namun aku juga tetap bersedih di atas pemergian arwah abangnya yang tersayang iaitu KIMIN MUDIN, penyanyi asal lagu tu. And for bro Ebi, wah makin tagap ko ah bro... Dan terima kasih jugak kerana begitu sporting sama aku sebab sanggup duduk di atas lantai bersama-sama ko punya fans untuk bergambar. Aku faham jugak ko penat time tu, so aku ajak ko duduk sekejap untuk bergambar...

Ebi Konelis (tapi ni time belum tegap lagi)
Asmin Mudin















Janrywine J. Lusin
Kimin Mudin Dalam Kenangan... 


Dekat-dekat mau pulang, macam biasalah ada sesi cabutan hadiah kepada pengunjung... Bayangkanlah seramai 2000 orang yang datang untuk join program tu menunggu hadiah... Hahahaha... Dan aku tengok ada pulak hadiah mountain bike. Hmm, hati damitku ni tertanya-tanya jugak aku siapalah yang kebas tu basikal ah... Dan si Ampal pun announce pengunjung bertuah yang akan mendapat basikal paling besar berwarna biru. Nah, aku pun mula berangkat mau ke tandas kunuk, tau ler hujan kan... Sekali baru 2-3 langkah terus telingaku menangkap si Ampal punya pengumuman:
Ampal

"PENGUNJUNG BERTUAH KITA PADA HARI INI ADALAH, 
SAUDARA MARWAN RABANI BIN ABDUL MAJID!!!"

Wah, aku yang dapat basikal tu!!! Apa lagi, aku pun limpaslah sama pengunjung yang berdiri mau menengok siapa yang dapat basikal tu sambil mengangkat tangan bahawa akulah orangnya... Ada beberapa pengunjung yang kenal sama aku sempat mengucapkan tahniah dan sekali aku naik ke pentas ada beberapa orang AJK yang kenal sama aku terkejut kerana aku dapat tu basikal. Hehehe, bertuah jugak aku dapat basikal free... Masa aku mau bagi muat basikal tu sempat lagi telingaku mengiang kata-kata si Ampal:

"TAHNIAH SAUDARA MARWAN KERANA MENANG BASIKAL... NAH, SIAPLAH KAU MENGASI BENGKOK DUA TU BASIKAL... MACAMANA KO MAU KASI MUAT DI KERETAMU..."



Lucu jugak eh... Tapi paling penting itu basikal sudah selamat mendarat di rumah... Dan buat DJ Sabahan.FM Liz Shiwhawha Kuelapissalahbikin Sabahandotfm, terima kasih upload pic tu ke dalam FBku. Bolehlah orang tengok aku menang basikal...

Nah, aku menang basikal... Ko ada????

Aku dengan si Liz dan Inan Kecik
Princess, Inan Kecik dan Liz






































Nah, indak tahu sudah apa lagi cerita yang akan berlaku lagi. Hmm, tunggu sajalah...

Thursday 17 January 2013

Sejauhmana keadaan diri anda???

Semalam menjadi malam yang membosankan bagiku. Walaupun bosan, tapi aku tetap nekad mahu meneruskan kehendak untuk online walaupun mataku berat ibarat menanggung sebiji bata. Sehinggalah aku terbaca satu pos seorang sahabat di FB yang mencuri perhatianku. Wah, pos berbentuk keinsafan dan berbentuk ketuhanan... Hmm... Aku mesti bantu kawan ni... Ni pos dia:

Pos dari Jeff The Astroboy


So aku mau tanya kamu:- BAGAIMANA SEMPURNANYA DIRI KAMU? KENAPA MASALAH DATANG MENIMPA KAMU? APAKAH SEMUA PERBUATANMU AKAN DITERIMA? BILAKAH ANDA MENANGANI MASALAH YANG MENIMPA DIRI ANDA? DENGAN SIAPAKAH ANDA HENDAK MENGADU? Dan yang paling penting BERAPA LAMA HARUS ANDA MEMENDAM MASALAH ANDA? Haa, mesti anda pun bingung dengan soalan-soalan formula 5W + 1H ni, kan??? Kalau anda dapat menjawabnya dengan MUDAH, ternyata anda memang seorang yang KOLOT!!! Kenapa aku kata begitu? Okey, cuba tengok soalan nombor satu tu. Dia tanya pasal kesempurnaan, bukan??? SEMPURNA SANGATKAH DIRI ANDA? Sorry to say, fenomena terbaru yang melanda kita adalah LISTEN, LISTEN AND LISTEN bukan cara yang baik untuk menangani masalah yang sentiasa mendatang saban waktu... Ingat, ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI, MAHA MENGASIHANI, MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGAMPUN dan Allah menurunkan wahyuNya di dalam Al-Quran agar kita dapat mengikut apa yang menjadi suruhanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Oleh itu, kita hendaklah menitikberatkan keadaan diri kita. Daripada Allah kita datang ke dunia yang bersifat hanya sementara ini dan kepadaNya kita akan kembali. Sementara kita masih bernafas di dunia ini, kita berbuat baik sesama makhluk dan tidak sesekali bersifat sombong dan bongkak semasa berkomunikasi. Pernah juga aku dengar, hidup ini ibarat seperti bercucuk tanam. Hari ini kita menyemai benih, esok pohonnya tumbuh, lusanya berbuah dan tulatnya kita tuai. Begitulah keadaan kita nanti di akhirat. Bagaimana cermatnya atau rakusnya kita semasa hidup di dunia akan menjadi bahan bukti semasa kita berada di hari kiamat. (Bergegar plak aku rasa)



Oleh itu, kita perlu bermuhasabah diri tentang perlakuan kita sesama manusia dan dengan makhluk Allah yang lain. Kita mampu membuat 100 kebaikan tetapi jika kita melakukan hanya SATU KEJAHATAN, percaya atau tidak ORANG LAIN AKAN MEMANDANG KEJAHATAN YANG SEDIKIT DARIPADA KEBAIKAN YANG BANYAK DILAKUKAN. Jika ada yang melukai hati anda, BERSABARLAH DAN MAAFKANLAH DIA. Aku tahu SABAR ITU ADA BATASNYA tapi indak salah kalau kita cuba maafkan dia, kecuali kesalahan yang merosakkan AKIDAH DAN MARUAH baru itu indak dimaafkan...

SEKADAR RENUNGAN...


Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah agar kita diberikan ketenangan semasa kita menempuh kehidupan ini. Tidak hairanlah jika Allah mengingatkan mengenai kelekaan manusia ni melalui 5 perkara yang akhirnya akan dibalas dengan 5 perkara berikutnya. Antara 5 perkara tersebut adalah muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit dan hidup sebelum mati. Kita hayati sendiri 5 perkara tu sebagai bahan untuk kita bermuhasabah diri di dalam kehidupan kita seharian.
Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara




















Yang pastinya anda tidak mahu menangis kerana menyesal dengan perbuatan anda sendiri dan time itu anda sudah terlambat untuk mengubah keadaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kesilapan anda sendiri. Bayangkanlah, bagaimana 'kotornya' diri anda semasa menghadap Maha Pencipta dan semua dosa-dosa anda diperlihatkan kepada lautan manusia yang tengah menunggu perbicaraan di hari kemudian.

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM SIRI 1/2013

"Adei, lama jugak menunggu cerita kamu orang ni..." Hehehehe, terima kasihlah kepada seorang sahabat yang follow blog ini. Nampaknya dia sentiasa ingin tahu perjalanan kehidupan kami. Jadi kalau kamu mau tahu cerita di tahun 2013 ni then kami mulakan dengan... (BACA KUAT-KUAT TAJUK UTAMA YANG TELAH DISEBUT DI ATAS)

Jangan risau, memang betul ni pic yang kamu tinguk


YES, WE GONNA MARRY!!! Hehehehe... Syukur alhamdulillah nampaknya niat yang suci akhirnya terlaksana. Dan diharap hubungan ini dapat diteruskan lagi ke peringkat seterusnya iaitu KAHWIN... Terbayang-bayang sudah di fikiran saat tok kadi mengasi nikah sama si Prince... WOW, AMAZING!!! Jadi doakanlah kami akan berkahwin tahun ini, Insya Allah... :-)

Mungkin si Prince jadi macam dalam ni pic (Indak tahulah...)


Kami sudah apply kursus pada 31 Disember 2012 bersamaan hari Isnin. Masa tu Prince demam tapi semangatnya mau berurusan terlalu kuat. "Saya OK, jangan risau. Janji saya mesti berpeluh ini hari" Tu kata si Prince. Jadi kami register kursus dan kami terpilih untuk berkursus pada 05 dan 06 Januari yang lepas bertempat di Masjid Daerah Sandakan. Sepatutnya kami kursus pada 15 dan 16 Disember yang lalu tapi sudah penuh...

Di sinilah kami kursus kahwin...

Masa kursus, banyak pendedahan daripada penceramah-penceramah yang 'mencakap' sama semua 200 orang peserta. Antara penceramah yang memberikan info pasal nikah, kahwin, cerai dan rujuk adalah Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Cawangan Sandakan iaitu Ustaz Awang Juri Awang Tahir, Imam Bahagian Sandakan iaitu Ustaz Azizul Ramli Saparuddin, Imam Daerah Sandakan iaitu Ustaz Zulkarnain Rafaeh Enarji, daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) iaitu Ustaz Hj. Ibrahim Harun dan beberapa lagi penceramah. Jadi kepada yang belum ikut kursus kahwin tu, ni kami pesan : BAGUS KAMU ORANG IKUT NI KURSUS SEBAB INDAK SEMESTINYA DEKAT-DEKAT KAHWIN BARU IKUT NI KURSUS... Sijil??? SIJIL DIPERAKUI SELAGI KO BELUM MAMPUS...



Kalau dah sampai seru...

Beritahulah pasanganmu...

Nikahilah dan jagalah dia sepenuh hatimu...
Pastikan cinta sentiasa bertamu...
Agar alam rumah tangga aman bahagia buatmu...




Banyak jugak ilmu yang kami pelajari selain daripada mengasi refresh otak kami mengenai Fardhu Ain. Salah satu ilmu yang kami rasa sangat luar biasa adalah satu doa yang diajar oleh Ustaz Awang juri adalah... DOA KENTUT!!!! Hahahahaha!!!! Mau tahu macamana bacaannya??? Nah IKUTLAH KAMU KURSUS KAHWIN!!! Jadi kami mau mengempen yang belum ikut kursus tu bagus kamu ikut sebelum kos kursus ni dikasi naik daripada RM100 jadi RM300 (mau kursus pun mahal uda)

Mau tengok saat nikah paling best? CUBA KLIK KAT SINI...

Nah, ni kisah kami yang terbaru di tahun baru tahun 2013... Tunggu kisah kami seterusnya...

Wednesday 16 January 2013

Penutup Cerita Tahun 2012

Nah... Sebagai penutup Buku Tahun 2012, ni kami mau share cerita pasal program Perhimpunan Belia Myvi Peringkat Negeri Sabah. Fuh, perancangan memang dah lama tapi tarikh pelaksanaan pulak belum difikirkan (almaklumlah, busy terus menerus) dan aku pun baru saja join Kelab Myvi Extreme Malaysia... Mau jugak ada geng-geng Myvi bantu ni...

Dijadikan cerita, aku dengan beraninya membuka ideaku ni dengan geng-geng BMAC Sandakan, TWMC Tawau dan Myvi Empire di Pitas. Alhamdulillah, aku dah dapat respon yang baik... So, dilanjutkan lagi aku buatlah satu meeting, tapi yang aku sedih sangat rupanya TWMC indak dapat hantar wakil dengan sebab kereta rosak... Dan masa meeting semua setuju untuk diadakan pada 01 dan 02 Disember 2012 (Nah, ngam timing)

Then proses kerja pun bermula... Apply permit, apply tempat, apply cuti, design name tag, design sijil, submit borang, submit surat, cari sukarelawan dan buat kempen di dalam FB... Semuanya berjalan lancar dan terima kasih jugak sama si 'JEFF THE ASTROBOY' Pengerusi Penganjur ini perhimpunan yang juga banyak membantu melicinkan kerja...

Jeff The Astroboy

Nasib baiklah cutiku diluluskan pada 29 dan 30 November jadi aku pun mencarilah siapa yang boleh buat persembahan sebab penari yang diberi kepercayaan untuk buat persembahan tu tarik diri last minit. Nasib baik aku kenal dengan geng 'HELLECTRON'... Dedikasi dorang sama ni event, perrrhhhh memang terbaik... Mula-mula aku bagi dorang task satu tarian sahaja tapi memandangkan dalam aturcara memerlukan dua tarian dan satu pasukan tarian tarik diri so I give them extra task dan mereka dapat idea sekelip mata sahaja dan ianya berjaya menambat hati si Jeff... WOW, SALUTE AT YOU GUYS... So pada 30 haribulan tu pulak last day buat persiapan di HARBOUR MALL SANDAKAN (Ko pikir cincai punya tempat ka???) Daripada stage sampai tempat parking kereta diatur. Raptai pun sempat dibuat dan syukur semuanya berjalan mengikut jadual...

Hellectron

Dan tibalah masa untuk beraksi pada 01 Disember. Hari tu aku masi ingat, boleh-boleh aku terlajak tidur gara-gara kepenatan punya pasal... Nasib baik si Princess kasi bangun aku. Sampai jak di Harbour Mall Sandakan, aku tengok meja dah tersedia untuk pendaftaran, polis pun ramai yang turun, Jabatan Kesihatan dan ahli-ahli Persatuan Talasemia pun dah arrange tempat dan ada kereta-kereta Myvi telah datang untuk menyertai perhimpunan tu. Tapi yang sedihnya orang belum ramai lagi time tu tapi indak apa sebab acara mula jam 10.00 pagi... Dipendekkan cerita, YB Datuk Liew Vui Keong pun rasa kagum dengan perhimpunan tu sehinggakan dalam ucapannya dia minta program tu diteruskan dan dijadikan program tahunan. Apa tidaknya, dorang fikir autoshow tapi tahu-tahu ada kempen kesedaran talasemia, program derma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan yang lagi best ada pertandingan karaoke sambil menderma...

Petangnya pulak ada sukaneka lagi wei... Hahahaha, macam-macam ragam boleh ditengok. Tau ler kan ada hadiah, jadi semua peserta try berabis ni gara-gara mau menang. Memang benarlah apa yang orang cakap, ORANG SANDAKAN MEMANG SPORTING. Kami pun ada bah join sukaneka tapi sengajalah kasi menang orang lain, kan namanya penganjur... Hahahaha, SEHATI SEJIWA SEKAKI kata si Boo Lat (ikut lari ikat kaki bah)

Malam plak??? Hahahaha, itulah saat-saat yang ditunggu-tunggu. Semua geng-geng Myvi pulang, datang pulak SANDAKAN BLASTER CREW sama PROMO mau memblast sound sebagai tanda sokongan sama perhimpunan tu. Terima kasih sama si AZMIE JAFFAR JUANA a.k.a BRADER CHONG sebab support ni event. Yang indak boleh dilupa tu, semua orang putih berturunan dari hotel dan... MENARI!!! (Korang ingat HEAD BANGING???? MANADA!!!!) Dan bertambah meriah lagi HELLECTRON buat STREET DANCE!!! Fuiyooo... Apapun thanks to them dan aku amat hargai atas tenaga korang sampai dorang mau sangat jadi sukarelawan masa perhimpunan tu...

Sebagai tanda penghargaan, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang banyak membantu menjayakan PERHIMPUNAN BELIA MYVI PERINGKAT NEGERI SABAH pada 01 dan 02 Disember 2012 yang lalu:

Jeff The Astroboy dan isteri
Cheem De Elfira BMAC dan isteri
Daduy BMAC, isteri dan keluarga yang menjadi sukarelawan
AXL BMAC dan pasangan yang menjadi sukarelawan
Mel BMAC
Lan BMAC
Rizal BMAC
Si Panjang BMAC
Masdi KBS
Kak Sarah and family with geng-geng HELLECTRON (Great job and luv u guys)
Aisha De Empire
Lan Velan
Tini Tajuddin

Juga aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada geng-geng FB yang sudi menjadi sukarelawan:

Leah Fauziah a.k.a Boo Latt
Ahaldin Leolova Diana
Nieya Jiwa Hambur
Suhaimie Abdal

Serta supporter untuk event, jutaan terima kasih juga diucapkan dan aku harap kerjasama kita akan bertambah kukuh lagi:

Chong Blaster Crew
Abdul Blaster Crew
Hendra Blaster Crew
Apeace Blaster Crew
Ancha Blaster Crew
Member-member Blaster Crew dan PROMO yang lain
(maaf, aku indak tahu nama korang bah)
Rozzee AlamKiamat, Redz Stone, DnQarinah
dan semua geng-geng Warga 1 Sandakan

Geng BMAC  Geng Myvi Empire Warga 1 Sandakan Geng Blaster Crew Geng PROMO