Saturday, 28 January 2012

Kenangan Bersama Sandakan Myvi Club (SMC)

Masih segar di ingatanku tarikh 31 Januari 2011 yang lalu, aku telah join Sandakan Myvi Club yang pada ketika itu sudah ada kira-kira.... Berapa ya??? Owh, ada 15 buah Myvi. Aku telah diperkenalkan kepada seorang pengasas kelab ni iaitu saudara Anwar. Dia kata, dia akan hubungi mana-mana ahli yang mahu join kelab tu untuk menghadiri mesyuarat agungnya yang pertama...

Namun semua itu sudah menjadi kenangan bagiku, tarikh 31 Januari 2012 telah ku pilih untuk aku mengakhiri zaman kegemilangan bersama kelab tersebut. Genap setahun aku join kelab tu. Sejujurnya memang aku sayang sangat-sangat dengan kelab ini termasuk geng-gengnya, tapi atas perkara yang amat mendesak, aku memilih untuk keluar dari kelab ini sebagai langkah yang terakhir agar kelab ini akan terus mantap dari masa ke semasa.

Aku doakan semoga Sandakan Myvi Club akan terus sukses sehingga bila-bila dan untuk semua geng SMC, teruskan usaha untuk memajukan kelab tersebut dan doaku sentiasa mengiringi kalian... Amin...




No comments:

Post a Comment