Well, seperti yang aku janjikan Prince akan menceritakan suasana dinner sebentar tadi. Walaupun nampak ringkas tapi kira ada hati jugak mau join bisnes e-Dagang...
Jam 7.30 malam, aku bersama Hadi dan kawannya Datuk bergerak mengambil princess sama inan kecil untuk menghadiri dinner bersama Hj. Shuib dan En. Manan. Kata Abang Hj. kunun, En. Manan mau buat pembentangan mengenai bisnes yang dibuat. So indak salah kalau kita dengar, cuma terpulang daripada diri sendiri sama ada mau join atau indak...
Sampai di Restoran Hikmah jam 8.05 malam, rupanya event dah mula. Masuk sajalah walaupun lambat, janji indak terlepas peluang dan selagi seat masih ada. Wah, my SMKE Staff Cikgu Nurhazirah rupanya join sekali!!! Well, kami pun mulalah mendengar perkongsian antara kami dengan En. Manan...
Wah, ingatkan bisnes ni betul-betullah full time biz tapi dia guna konsep e-Dagang atau lebih dikenali sebagai NETWORK BIZ. Hanya 3 orang sahaja diperlukan, then hasilnya boleh 'dituai' pada setiap 7 dan 22 haribulan setiap bulan!!! Selain modalnya serendah RM 335.00 dan setinggi RM 3035.00 dia perlukan 3 orang untuk guna barang yang diperkenalkan dan daripada 3 orang tu dah ada downline, kita boleh mendapat imbuhan sehingga RM 6K!!! Bayangkan kalau setiap 7 dan 22 haribulan dapat RM 6K, perrrhhhh... Memang terbaiklah biz ni...
Then Abang Hj. bg idea lagi (terutamanya untuk aku, yelah kan sama-sama BELIA) bagaimana untuk mendapatkan wang poket yang banyak... Good idea Abang Hj, nanti ku lagau Abang Hj. di Labuan supaya bulih ku tinguk dengan mataku sendiri bagaimana ideamu ni dijalankan serta prosedurnya bagaimana...
Event tu siap jam 10.30 malam. Abang Hj. plak hilang entah ke mana tapi dia pesan sama aku supaya jumpa dia di Airport Sandakan esok pagi sebelum dia berlepas ke KK ikut 1st flight. Jam 11.00 malam kami tinggalkan Restoran Hikmah sebelum ku hantar princess balik ke rumah dan aku bersama Hadi dan Datuk balik ke Taman Merpati mengharungi hujan yang lebat...
Jika anda ingin mengetahui bagaimana sistem SSP yang diterangkan oleh En. Manan tu, nanti aku akan bagi penerangan sendiri. Tu pun kena jumpa face to face, jadi senanglah cerita...
No comments:
Post a Comment