Friday, 3 February 2012

Rintihan Seorang Kakitangan Awam Dan Seorang Surirumah Dalam Praktikal

Hari ke hari, hari ke minggu, minggu ke bulan dan bulan ke tahun... Prince dengan kerjanya, princess dengan aktivitinya. Bukan apa, setiap yang hidup mestilah BEKERJA, kan... Indak bekerja, maka PENGANUAN pun TIADA...

Bekerja, mengerjakan, dikerjakan atau terkerja... Hahaha, besalah kalau dah namanya ada kaitan dengan KERJA... Mencuri itu kerja (walaupun indak halal), berfikir pun kerja jugak (walaupun boleh memeningkan kepala), dan bercakap juga kerja (walaupun bertempias) tapi hidup ini indak sah kalau ada KONFLIK KERJA...

Kita bekerja supaya dapat memuaskan hati BOS dan jugak DIRI SENDIRI (ble percaya ka ni???) Tapi ada jugak kata, bekerja ini supaya kita cepat naik pangkat (Tapi realitinya memang YA) Dan ada jugak yang kata kita bekerja supaya kita dapat mempengaruhi bos kita agar kita sentiasa terlindung daripada apa sahaja yang kita lakukan... Inilah yang berlaku sama si Prince. Minggu ni saja mau 5 kes pergaduhan antara rakan sejawatnya dengan KPT (Ketua Pemb. Tadbir) gara-gara cuti punya pasal. Apa tidaknya, sikap tolak ansur boleh dilakukan oleh setiap manusia tapi yang amat menghairankan, KPT ni mementingkan peraturan kerja dan tidak mahu bertolak ansur dengan orang bawahannya termasuk si Prince... Akhirnya si KPT jugak yang malu sendiri dengan kelakuannya yang benar-benar MENGASI PANAS....

Nah, akibat ego dengan keadaan di pejabat, si Prince melepaskan amarahnya sama sebatang pokok kelapa sehingga sebiji kelapa tua gugur dari pokoknya. Nah, kalau sudah buah kelapa yang gugur, bayangkan kalau tiba-tiba amarah si Prince dilepaskan sama si KPT, apa akan terjadi??? Si Prince mungkin kena turun pangkat, si KPT pulak kena suruh pindah kerja... Mana yang best, turun pangkat ka kena kasi pindah??? Kalau turun pangkat, bayaran gaji kena kasi kurang dan lebihan gaji yang dibayar pada tahun ini mungkin si Prince kena bayar balik... Kalau hanya setakat dikasi pindah, boleh dia bikin hal dengan orang bawahanya di opis baru tapi namanya buruk sudah... Masing-masing ada akal, jadi ikutlah kata Nabil LU FIKIRLAH SENDIRI...

Si Princess pun kesian jugak... Dialah yang setia menanti kedatangan si Prince ke rumah dan berkongsi cerita suka duka dunia pekerjaan si Prince... Walaupun si Inan Kecik tidak mengerti apa-apa namun biarlah, suatu hari nanti si Inan Kecik akan menjadi si Inan Besar dan akan merasa sendiri dunia pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Setiap hari Prince bantu si Princess mencari pekerjaan tanpa mengenal putus asa. Prince juga mencari part time supaya dia dapat inside come untuk dirinya dan Princess juga Inan Kecik...

Beginilah lumrah hidup di dalam dunia pekerjaan. Tidak bekerja, keringlah poket, bila bekerja berisi poket tetapi siap sedialah dengan segala jenis 'peluru dan senapang' untuk menghadapi saat manis dan pahit tika kerja sedang dilaksanakan. Kesian, kan???

No comments:

Post a Comment