Saturday, 21 January 2012

Kedatangan Wani bersama kereta baru...

Pada pukul 5 petang, Prince tinggal bersendirian di rumah. Bapa sama si Hadi ke Taman Samudera, mama plak buat kerjanya di atas. Sunyi memanglah sunyi tapi nasib baik ada FB yang setia menanti. Sambil-sambil aku on9, tiba-tiba aku dikejutkan dengan sebuah Naza Forte parking di depan rumahku. Sepa lagi datang ni??? Mau indak mau terpaksalah aku berdiri menengok sepa gerangan kereta tu... Kereta besar tu beb...

Bila pintu rumah dibuka, driver kereta tu pun turun. Owh, rupanya adik iparku si Achai datang bersama adikku, si Wani. Memang ada beberapa minggu ni adikku mahu membeli kereta baru. Dan bila aku tengok ternyata aku memang puas hati dengan kereta tu.

Aku membantu dorang angkat barangama, kata adikku. Memanglah, punya besar kotak yang diangkut dari KK... Selepas beberapa ketika, adikku yang sudah sampai dari Kunak, si Rapie sudah sampai selepas berjalan bersama bosnya. Si Rapie mengeluh kerana aku tidak bagitahu yang aku mau pakai Bintang Hati. Ku kata indak apalah...

Aku keluar bersama si Wani, kataku aku mau tengok kecanggihan kereta yang mereka beli. Wani pun bagi aku sebuah remote alarm kereta yang tiada kunci. Aik, biasanya kereta sekarang ni mesti ada kunci, yang ni plak tiada... Nah, aku kejakunan sekejap. Wani membawa aku ke pintu kereta dan menyuruh aku menekan satu suis kecil untuk membuka alarm pintu tu. Ternyata bila aku tekan suis tu kunci kereta tu trus terbuka. Then aku masuklah ke dalam kereta dan aku mahu try start enjin tapi dahlah remote tiada kunci, mcmana aku mau start tu kereta??? Si Wani bagitau, terdapat satu button ENGINE START / STOP di sebelah kiri stereng. Wah, inilah satu-satunya starter yang aku mau pasang di Bintang Hati... Bila aku try start ternyata enjin berfungsi dan aku lihat lagi sistem semi manualnya. Wah, di bawahnya ada gear automatik, tapi yang bestnya di atas stereng di sebelah kiri dan kanan terdapat dua suis gear yang berfungsi seperti gear automatik. Malah, bila aku masukkan gear R (Reverse Mood) terdapat imej di cermin pandang belakangnya. Wah, ada reverse camera kataku. Aku cuba lagi sistem aircondnya. memang kereta tu mesra alam, dia sesuaikan suhu aircond dalam kereta dengan persekitaran di luarnya. Memang benar-benar canggih.

No comments:

Post a Comment