Monday 10 June 2013

Kami Ahli Pengakap...

Cuti sekolah ni rasanya memang indak sah kalau TIADA AKTIVITI... Biasalah, budak sekolah akan cuti tapi bagi kami, istilah cuti ni akan lebih siuk kalau ada aktiviti. Hehehehe... Dan FYI belum pernah aku join 3 kem Pengakap seumur hidup aku!!! Nah, mesti korang akan cakap INDAK PENAT KA ITU??? Robot pun kalau dipaksa bekerja keras konpom rosak itu robot. Mencari part sudah satu hal, mau repair satu hal, kalau makin rosak pun satu hal juga... Begitulah juga dengan kami. Kami pun ada rasa penat juga tapi oleh kerana MINAT, penat itu diketepikan dahulu, janji kepuasan itu timbul.

Baru-baru ini aku, Princess dan Inan Kecil telah menyertai 3 kem Pengakap di mana dua daripadanya bertaraf negeri dan satu lagi bertaraf daerah sahaja. Kem yang pertama adalah Kem Keamanan Sabah atau dalam orang putihnya cakap SABAH PEACE CAMP. Kem yang pertama ni sedih sikit, sepatutnya kami gerak pada hari Jumaat 17 Mei 2013 namun kerana kepentingan bertugas Larian 1Elobest, kami kena bertolak pada hari Sabtu 18 Mei 2013 sebelah malam. Sampai jak di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas semua peserta dah tido. Apa tidaknya, kami tiba jam 1.00 pagi bah... Nasib baiklah si Ghazali yang pi sambut kami. Kalau indak nah indak tahulah...

19 Mei 2013 bersamaan hari Ahad plak kami trus berzumba tapi yang sadisnya bolehkah kita berzumba jam 9.00 pagi??? Boleh bah, cuma yang indak siuknya terpaksalah BERPANAS... Selain daripada itu, pelbagai pameran telah disediakan tapi tidak lawan COSTUME COMPETITION yang berlangsung pada hari minggu tu. Kalah-kalah autoshow kereta bah, apa indak di depan-depan mata bah di situlah kostum IRON MAN, AMERICAN PATRIOT, COUNTER STRIKE, RESIDENT EVIL, FINAL FANTASY dan GUNDAM telah dipertandingkan. Jangan heranlah kalau orang yang memperagakan kostum ni pandai cakap melayu... Indak percaya? Ada satu insiden berlaku semasa kami hendak bergambar dengan Iron Man:

Prince      : Bos, Pengakap Sandakan mahu bergambar.
Iron Man : Tunggu kejap bos, mau wirering lampu ni, indak pandai marak.

Dan dari Sabah Peace Camp ni kami telah belajar satu ilmu baru iaitu MASAK KOPI ATAS API... Memang kick dia punya kopi (tapi kalau penat pun tido jugak...)  Mau tahu macamana masak kopis atas api? Ianya semudah ABC. Didihkan air, masukkan Coffee Mix 3 in 1 dan kacau hingga sebati. Selain itu, kami mempelajari sesuatu iaitu kena standby duit kecemasan jika hendak ikut sesuatu program. Ini berlaku selepas semua peserta perempuan kekurangan bajet untuk tinggal di hotel.Kebetulan kami sudah standby duit lebih dan sewa hotel pun murah. Kami bertolak balik ke Sandakan pada hari Isnin 20 Mei 2013.

Sampai jak di Sandakan, kami kena info plak pasal Mini Pra Jambori Pengakap Zon 1 Sandakan dan Kem Kelana Peringkat Negeri Sabah di mana ianya berlaku pada minggu yang sama tetapi berbeza tarikh. Mini Pra Jambori berlangsung ngam-ngam cuti Hari Wesak (kalau indak silap 24.05.2013 bersamaan hari Jumaat) dan Kem Kelana plak berlangsung pada hari ke-2 Mini Pra Jambori sedang berlangsung. Untuk Mini Pra Jambori, aku bertugas sebagai panel penilai manakala si princess jadi pengawal peserta SMK Elopura. Si Inan Kecil? Ha, dia jadi peserta bagi patrolku sahaja. Tahulah, pelapis pengakap ni mesti diberi pendedahan awal...

Cerita Mini Pra Jambori bermula selepas Solat Jumaat. Aku bertolak ke Scout Nature Park untuk menguruskan Pasukan Pengakap 06 SMK Elopura Sandakan. Siap saja dorang dirikan khemah, maka aku pun pergilah mengambil princess dan Inan Kecil. Aktiviti bermula jam 8.00 malam selepas briefing daripada Pesuruhjaya Pengakap Zon 1 Sandakan, Skip Ali Jakariah dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga, Skip Nourhazwan. Aku telah memulakan sesi ice breaking dengan Patrol Ke-5 dengan kehadiran seorang ahli pengakap istimewa yang difahamkan lembam sedikit.

Masuk saja hari ke-2, aku membantu Skip Nourhazwan untuk membuat perhimpunan ladam kuda. Cuba korang fikir macamana mau handle patrol yang terdiri daripada 20 orang dalam satu patrol??? Dan ada 20 patrol aku kena handle plak tu... (20 orang x 10 patrol sekolah menengah dan 10 patrol sekolah rendah = 400 orang) So aku punya idea, patrol sekolah menengah ku letakkan di belakang patrol sekolah rendah dalam bentuk ladam kuda. Habis perhimpunan ladam kuda, aku bawa patrolku untuk ku pimpin mengenai asas lencana keahlian. Selepas aku bagi penerangan, aku akan uji sejauhmana kefahaman dorang mengenai apa yang aku ajar. Dorang juga aku beri peluang untuk membuat persediaan untuk malam kebudayaan dan aku juga bermain permainan 10 sen, 20 sen, 50 sen, satu ringgit yang menyebabkan dorang semua ketawa berabis. Si Inan Kecil menjadi pengikut setia patrolku sehingga ke malam. Si princess plak? Dia menjadi orang kuat dapur dengan membantu si Malisah menyediakan makanan kepada geng-geng pengakap. Kesempatan ini aku gunakan untuk mencuba memasak kopi di atas api yang kami belajar semasa Sabah Peace Camp dan ternyata ianya berjaya.

Habis saja Mini Pra Jambori, aku dikehendaki masuk pada sebelah malam kerana aku dilantik sebagai urusetia bagi Kem Kelana. Masuk jak sebelah malam, dorang sudah buat aktiviti kumpulan. Antaranya SAYANG SI BUTA, LALUAN ZIG ZAG dan MENGHIDUPKAN UNGGUN API. Namun kami tidak dapat join lama dengan dorang memandangkan aku kena bekerja keesokan harinya.

Keesokan malamnya adalah malam kebudayaan kelana dengan bertemakan drama muzikal. Pelbagai ragam dapat diperhatikan namun ku akui persembahan semua 20 patrol sekolah menengah dan sekolah rendah cukup baik berbanding dengan kelana. Mungkin kerana faktor kepenatan. Dalam Kem Kelana ini kami mempelajari satu game baru iaitu TAICHI PUAKA. Senang sahaja, syaratnya JANGAN ACUKAN TANGAN KE HADAPAN MACAM HANTU POCONG CINA.

So itulah cerita mengenai program pengakap yang kami join semasa cuti sekolah. Nanti tunggu cerita kami yang akan datang ya... Indak lama juga tu... :-3

Selepas berzumba dengan 11 buah lagu... Belum tatas lagi...

Prince Bintang Hati menang hadiah masa Sabah Peace Camp...

Princess Bintang Hati menunggu kostumnya timbul...
Inan Kecil beraksi dengan kostum idamannya

Makanan asasi yang dimakan semasa Sabah Peace Camp



















Princess di hari pertama Mini Pra Jambori



Si Inan Kecil melopong apabila...
...melihat Prince cuba mencairkan bambu ini


Khusyuknya...

Patrolku semasa sedang diuji...

Pasukan Pengakap SMK Elopura menerima kunjungan Pasukan Pengakap Kelana G Kunak

Kena ajar buat yell... TQ...

Peserta Kem Kelana sedang membersihkan kolam

Hadiah daripada Skip John, TQ...

Apa bah kamu bincang tu...


No comments:

Post a Comment