Tuesday 25 June 2013

Kami Ahli Pengakap pt. 2

Beberapa ketika dulu kami pos mengenai penyertaan kami ke tiga kem yang bertaraf daerah dan negeri, kan??? Ha, kali ni kami join lagi dua buah kem yang bertaraf negeri dan daerah. Haha, baru berapa minggu kami sudah berehat dari dunia Pengakap sudah kena panggil lagi. Biarlah, tenaga kami amat diperlukan untuk mendidik generasi baru yang mencari pengertian dunia Pengakap ni...

Bulan lapan di Sandakan... Lagu ni membuatkan aku terus tersenyum sehingga kini. Kenapa??? Ha... Sebelum cerita diteruskan, kami ingin titipkan jutaan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman kerana meluangkan masa untuk melawat Scout Nature Park (SNP) yang akan menjadi tapak perkhemahan semua ahli pengakap sempena Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah yang akan berlangsung pada 12 hingga 17 Ogos ini!!! Sebab itulah aku suka dengan lagu tu... OK, ketepikan dahulu cerita jambori dan kita tumpukan kepada dua kem yang kami sudah join baru-baru ini.

Pada 18 Jun yang lalu, terdetik di hati untuk aku cuba datang ke SNP. Kunun mau mengacaulah sebab Majlis Tertinggi Pengakap Bahagian Sandakan sudah habis mesyuarat. Jam 12.00 tengah malam aku pun datanglah ke sana...Buat apa aku mau mengacau tengah malam? Hehehehe... Mesti korang heran kenapa jam 12.00 tengah malam dipilih untuk menyerbu SNP. Sesampai jak aku di sana, Skip Ali (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sandakan) telah memanggil aku. Ceritanya macam begini:

Skip Ali : Marwan, ko free ka Jumaat ni?
PPBH : Ya, memang free. Kenapa tu skip?
Skip Ali : Datang ko ke sini nanti ya... Bawa binimu sama budakmu.
PPBH : Ha? Ada apa hari Jumaat ni?
Skip Ali : Ko datang saja, 3 hari ko bertugas ah... Ko jadi urusetia.

Ui nah, sedapnya dikasi arahan jadi urusetia. Dalam keadaan yang kabur-kabur sebab indak tahu maklumat, aku berusaha untuk bertanya dengan Skip Hanafi. Dia memberitahu bahawa ada satu perkhemahan bertaraf negeri akan dibuat pada hari Jumaat seperti mana Skip Ali perkatakan. Belum siap lagi aku mengorek maklumat, kena panggil lagi aku oleh Skip Dawan:

Skip Dawan : Marwan, ni ada 30 kad tajaan nanti ko bawa ke sekolahmu ya...
PPBH : OK skip. Nanti guru penasihat sekolahku akan atur.
Skip Dawan : Ko memang ada di SNP nanti hari Jumaat ni, kan?
PPBH : Err.... Iya skip. Kenapa?
Skip Dawan : Ngamlah, nanti aku perlukan ko hari Sabtu.
PPBH : Ya Allah skip... Indak ku tahu apa-apa program minggu ni.

Dengan penuh teka teki, aku pulang ke rumah dengan harapan dapat membuka FB keesokan harinya untuk mengetahui program sebenar...

Seawal jam 7.55 pagi aku tiba di opis. Sebelum aku memulakan kerjaku, aku sempat membuka FB. Klik punya klik punya klik, rupanya ada program di SNP iaitu Agonoree Pengakap Khas Peringkat Negeri Sabah dan Ujian Vigil Pengakap Zon 1 Sandakan. Tanpa membuang masa, aku terus memaklumkan sama princess. Si princess pun setuju untuk menyertai kedua-dua program. Tidak lama kemudian sudah masuk hari Jumaat iaitu hari pertama Agonoree Pengakap Khas Peringkat Negeri Sabah. Balik sahaja aku dari opis, aku terus bersiap dengan skaf pengakap dan bertolak ke SNP bersama princess dan Inan Kecik juga tidak ketinggalan join. Sampai sahaja di SNP, aku hampir-hampir menangis apabila melihat pesertanya adalah kanak-kanak istimewa yang mengalami sindrom down, lembam, cacat fizikal sehingga ke kategori cacat pendengaran. Patutlah namanya Agonoree Pengakap Khas Peringkat Negeri Sabah... Namun semua itu kami lupakan dan aku berazam untuk buat adik-adik ni gembira. Selepas makan malam, aku terus join dengan budak-budak SMK Muhibbah yang dilantik menjadi fasilitator untuk mengendalikan Sayang Si Buta. Princess dan Inan Kecik bertugas di bahagian tangga manakala aku bertugas di bahagian bukit yang tidak rata. Pada pukul 9.30 malam peserta telah dilepaskan. Aku kendalikan adik-adik ni seperti mana aku layan budak-budak yang lain. Mana yang takut, aku yakinkan. Mana yang menipu, aku ingatkan. Mana yang menangis ketakutan, aku pujuk berikan kekuatan dan mana yang kurang yakin dengan kemampuannya, aku tunjukkan jalan agar dipermudahkan. Alhamdulillah, semua peserta berjaya mengharungi permainan tersebut tanpa berlaku kecederaan. Tapi lucu jugaklah ada yang kehilangan kasut gara-gara menggelabah masa naik bukit...

Masuk hari kedua, kami masuk lewat sedikit kerana si Inan Kecik ada Program Smart Solat di sekolahnya. Kami masuk bertugas pada pukul 11.00 pagi di mana pada ketika itu adik-adik yang sempat ku jumpa sedang menunggu roti lilitnya masak. Aku sempat bertanya dengan dorang masa tu:

PPBH : Dik, adik lapar ka?
Adik : Ya skip, lapar sangat ni... Lama lagi ka masak?
PPBH : Adik kena sabar, sebab roti indak masak kalau adik indak pandai sabar.
Adik : Yalah skip, aku duduk diam-diamlah sambil-sambil tunggu tu roti masak...

Akhirnya pujukanku berjaya... Masak jak rotinya tu, ku lihat semua mengambil satu batang. Banyak yang memuji bahawa roti tersebut sangat sedap jika dicicah dengan roti. Ya, aku sendiri try makan roti lilit itu dan ternyata memang 'berbisa' sekali...

Pada pukul 2.00 petang, aku bersama Skip Borhan telah mengendalikan Nature Trail di mana aku menjadi pemimpin di hadapan sekali membawa kumpulan satu. Sekali sekala, aku memberitahu mengenai keadaan di dalam tapak perkhemahan yang bakal digunakan untuk jambori nanti. Aku membawa mereka sehingga ke satu kawasan dataran batu. Aku juga sempat memberi penerangan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat di dalam kawasan hutan. Selepas sesi belajar simpul dan ikatan, mereka dibenarkan turun ke kawasan perkhemahan dan pada ketika itu, aku perlu kembali ke rumah kerana perlu bertukar pakaian ke uniform penuh bagi acara sebelah malam iaitu Ujian Vigil dan Malam Kebudayaan. Namun sebelum aku balik aku melaporkan diri kepada Skip Dawan untuk menyertai Ujian Vigil pada sebelah malamnya. Aku bersama princess sempat membantu Skip Nafie untuk mendaftarkan peserta ujian vigil...

Pukul 8.00 malam, kami terus menyertai peserta Agonoree dalam acara malam kebudayaan mereka. Lucu-lucu jugak persembahan adik-adik ni. Yang tidak boleh dilupa, tarian mangunatip + shuffle. Masya Allah, memang mereka ni kreatif-kreatif belaka. Namun semasa adik-adik ni sedang rancak mempersembahkan persembahan mereka, ku lihat Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Skip Nourman Rayn bersama si papay sama si Rahmat sudah tiba dan ku lihat para peserta sudah bersiap sedia untuk ujian sikap. Semasa aku sedang meletakkan CPU kepunyaan Skip Nourman Rayn, si Papay sempat menyapa aku:

Papay : Skip, ko test vigil sama dorang ni malam ya...
PPBH : Mana aku layak...
Papay : Kenapa plak indak layak?
PPBH : Aku sendiri pun belum vigil

Lalu Skip Nourman Rayn memberi tawaran dengan aku

Skip Rayn : Apa kata ko buat dua dalam satu ni malam?
PPBH : Macamana tu?
Skip Rayn : Berapa umurmu?
PPBH : 29 tahun.
Skip Rayn : Umur bukan penghalang bah Wan... OK, ko test jak budak-budak tu ikut ko punya kemahiran tapi dalam masa yang sama cuba ko buat ulasan. Nanti si Papay pi meraun.
PPBH : Yalah skip. Aku try.
Skip Rayn : Jangan ko kata try, ko mesti buat. Nah... (Sambil memberikan persoalan yang perlu disoal kepada peserta vigil)

Selepas membaca soalan-soalan yang

No comments:

Post a Comment