Wednesday 1 May 2013

PRU 13

Baru-baru tu aku ada cerita pasal bulan April punya story, kan??? Nah, pada bulan ini Malaysia telah bersedia dengan kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan dilaksanakan pada 05 Mei bersamaan hari minggu ni. Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu telah isytiharkan tarikh tersebut sebagai cuti umum...Sekarang ni pun ramai sudah yang busy berkempen supaya calon yang dipertaruhkan akan menang dan mentadbir kawasan masing-masing untuk meningkatkan keperluan dan kehendak rakyat pada amnya.

Kalau diikutkan perkiraan (selepas blog ini telah dikemaskini) hanya tinggal 3 HARI LAGI untuk rakyat Malaysia keluar mengundi dan hanya tinggal 2 HARI LAGI untuk calon-calon kawasan masing-masing berkempen habis-habisan supaya calon tersebut menang. Kami pun indak kurangnya, kena jemput untuk mengendalikan program bersama calon yang dipertandingkan bersama penduduk setempat. Penat memang penat janji puas hati... Daripada program untuk orang muda atau sezaman dengan aku sehingga kepada penduduk warga emas kami kendalikan.Ada juga calon yang menggunakan persatuan belia untuk menarik pengundi muda mengundi calon yang bertanding.

Apa-apapun sokongan anda, tidak kira calon daripada parti kerajaan, calon daripada parti pembangkang atau calon bebas, anda kena ingat bahawa UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!! Jadi, laksanakan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia dengan turun mengundi untuk memilih kerajaan yang bakal memerintah bagi tahun 2013 - 2018. SELAMAT MENGUNDI...

P/s : JANGAN DIPOLITIKKAN BLOG INI...

No comments:

Post a Comment