Saturday 6 April 2013

Bila April...

"Bila, bila April
Aku menantimu, aku menantimu
dan bila April, bila April
Akan ku pastikan cintaku untukmu..."

Bulan April 2013 ni biasanya banyak cerita yang akan timbul atau bakal berlaku... Dan sebagai intro, aku sangat-sangat bersyukur dah terlepas 'bala' 01 April atau lebih dikenali dengan ungkapan APRIL FOOL... Untuk pengetahuan anda, hari tersebut tidak boleh sama sekali dismbut oleh orang Islam kerana pelbagai implikasi dan kesan-kesan buruk yang diterima oleh mangsa akibat dikenakan oleh individu-individu yang berkenaan. Maaflah, kalau aku mahu huraikan memang panjang berjela. Anda dipersilakan klik link ini sebagai perkongsian kita bersama:


Tambahan lagi, si Princess telah berpindah ke rumah baru selepas tuan rumah tempat dia sewa mahu pakai balik rumahnya. Dan 03 April pulak BIRTHDAY SI PRINCESS pun datang... Sempat jugak aku order kek dengan Cikgu Rosnah... Coklat moist lagi, hehehehe... Dalam masa yang sama, rakan sekerjaku, ESMININ MANSOR juga celebrate birthdaynya pada tarikh yang sama dan kalau indak silap, Felix AF pun celebrate jugak birthdaynya pada tarikh yang sama!!! Apa lagi, RHB Bank pun celebrate ulangtahunnya... Tapi maaflah, indak aku jadi buat loan di RHB, bunganya terlampau tinggi bah... Pada tarikh yang sama, DEWAN RAKYAT JUGA DIBUBARKAN!!! Nah, kan betul kalau bulan April jak mesti ada ceritanya yang tersendiri...

Cerita pasal birthday si Princess, aku dah bagitau dia yang aku akan order kek di opisku. So bila kek dah sampai, si princess konteklah adiknya di Fajar untuk celebrate sama-sama. Walaupun hanya dibuat ala kadar sahaja namun janjinya untuk menikmati coklat dari tahun lalu aku dah tunaikan walaupun terlalu lambat...

Kek Coklat Moist khas untuk princess... Happy birthday!!!

Ngam timing plak, 02 April tu sempat jugak pi dinner dengan geng BMAC... So apapun bulan April memang banyak cerita...

Bah, nanti kalau aku ada cerita lagi aku akan update blog ni...

No comments:

Post a Comment