Wednesday 13 February 2013

Tahun Baru Cina, Ular Dan Valentine...

Apa khabar??? Wah, makin lama makin rancak ni blog... Kepada followers yang setia membaca blog kami ni, jutaan terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Dan dengan itu, saya hadiahkan JEMPOL ini kepada anda!!!!


Syukur ke hadrat Illahi, aku masih mampu berkarya walaupun aku bukannya seorang artis terkenal... Kemampuanku untuk menaakul, merenung, mengimbas, mencari dan mentafsir segala idea masih lagi aku cari sehingga kini. Bak kata orang putih, THINK BEFORE YOU ACT... Nah, kali ni mau jugak aku bercerita mengenai satu kontroversi yang selalu memendekkan pemikiran umat Islam masa kini iaitu HARI KEKASIH A.K.A VALENTINE DAY.

Di dalam Al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa manusia mudah terjerumus ke lembah maksiat yang kini menjadi isu sosial yang makin menjadi-jadi. Kes buang bayi, kes bunuh orang, kes bunuh diri, kes saman keluarga, kes rogol dan pelbagai lagi kes yang semakin menjadi-jadi pada masa kini menunjukkan bahawa manusia semakin MUDAH untuk melibatkan diri ke kancah maksiat. Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Surah Yunus, ayat 27:

Maksud bagi ayat ini adalah seperti berikut:

"Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."

Sudah terang lagi bersuluh, Allah sudah explain cantik-cantik, molek-molek, baik-baik dan terang-terang mengenai larangan bermaksiat wei!!! Ya, aku tahu kamu akan kata BIARLAH, AKU MASIH MUDA LAGI... ADUI, HEBAT SUDAH KO BERHADIS / BACA AL-QURAN!!! Biarlah, DOSA LAIN-LAIN, RUMAH LAIN-LAIN, PAHALA / DOSA LAIN-LAIN dan last sekali KUBUR LAIN-LAIN bah kan... Okey, aku kasitau kamu semua ya... YANG MELAHIRKAN KAMU DAN ADIK-BERADIK KAMU ORANG YANG SAMA, YANG MENGASI MAKAN / MINUM / SEKOLAH / DUIT ORANG YANG SAMA, YANG MENANGIS ATAS KEMATIAN KAMU ORANG YANG SAMA, YANG MENGASI MANDI KAMU NANTI ORANG YANG SAMA DAN YANG MENGASI MASUK KUBUR PUN ORANG YANG SAMA iaitu SAUDARA-MARA KAMU JUGA!!! Ish, biarlah... Suka hati kamulah yang nilai sendiri dengan keadaan diri kamu ya... Aku indak layak mau membebel dengan anda sebab aku tahu aku seorang yang tidak sempurna...

Dan nampaknya tahun ni adalah TAHUN ULAR bagi kaum cina yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Well, tahun ni kami tiada jemputan menghadiri open house. Dan aku bertambah hairan, sambutan Tahun Baru Cina di Sandakan ni macam indak ada sambutan tahu... Adakah kerana ular ni membawa maksud berhati-hati??? Indak tahulah, sebab aku sudah try cari info mengenai tahun ular ini dan ternyata amat sukar sekali... Tapi bagi aku, ular ni memang ada kaitan dengan manusia. Untuk pengetahuan anda, ular yang berbisa ada 13 jenis semuanya. Indak percaya??? Nah, klik sahaja di sini...

ADA-ADA SAHAJA... Sekadar gambar hiasan


Walau bagaimanapun untuk pengetahuan anda semua, mesti anda mahu tahu apa kaitan ular dengan Valentine's Day... Begini, sesungguhnya bisa akibat perbuatan anda semasa anda buat di Valentine Day tu MENGALAHKAN BISA ULAR... Faham maksudku? Begini, kita open minded sedikit ya... Anda telah berjanji dengan sang kekasih anda bahawa anda amat-amat menyayangi, mencintai dan mengasihinya dengan mempertaruhkan jiwa raga termasuk kehormatan diri anda, kan... Bila indak dinampak, ULAR YANG TIADA KAITAN JUGA DISEBUT:-"Sempat lagi ko dipatuk ular bah, sayang... Itu benda pun susah mau nampak ka???" Nah, akibatnya kamu akan tanggung kalau dapat tahu sesuatu yang buruk berlaku ke atas sang kekasih anda... Masa tu dirimu umpama kena patuk ular yang paling berbisa... Sakit bukan kepalang... Dan pada masa itulah anda akan menyesal dan ayat yang paling popular akan terkeluar dari mulut kamu sendiri:- KALAULAH DULU AKU INDAK BUAT, MESTI INDAK JADI MACAM BEGINI... Hahahaha, akhirnya kamu salahkan jam di dinding atau jam tangan kamulah kerana perbuatan kamu sendiri tapi kamu indak salahkan diri kamu kerana mendorong diri kamu bermain 'permainan' tu...

Bukan itu sahaja, ada juga si hero menunjuk lagaknya supaya dapat memenangi hati si heroin... Apa lagi, sanggup dia jadi SUPERMAN atas jalan raya, ada juga yang menyeru DRAGONBALL selepas memakan MUTIARA NAGA, dan yang paling sadis dia MINUM AIR PALING SEDAP DI DUNIA semata-mata menunjukkan bahawa dia seorang yang LURUS BENDUL... Perbuatan yang aku sebut tu PERBUATAN BODOH + BANGANG + PALUI... Kalau indak nampak, ular juga yang disebut sekali lagi... Last-last bila terkantoi oleh ORANG DI BELAKANGNYA (macam si Epen Cupen cakap) nah, sekali lagi jam di dinding sama di tangan disalahkan dan kali ni aku tambahkan lagi satu benda yang disalahkan, HANDPHONE... Adui, dunia dunia...

Sekali lagi, SEKADAR GAMBAR HIASAN SAHAJA...


Yalah, cukuplah sampai sini dulu ceritaku... Ada masa kita cerita lagi...

No comments:

Post a Comment