![]() |
Program Utama im4u |
![]() |
Logo Rasmi im4u |
Princess : Bang, lain macam jak kau ni bang...
Prince : Lain macam? Apa pulak yang lain?
Princess : Rambut tu bah, indak bersikat. Muka pulak muka baru bangun...
Prince : Yakah... Jadi kenapa jugak???
Princess : KAU SUDAH MANDI KA BANG??? (Sambil menengok muka dan mencium bahuku) BAU...
Prince : Hehehehe, BELUM MANDI LAGI...
![]() |
Logo HIMPUNAN JUTAAN BELIA |
Dengan menghumbankan tuala yang memang sengaja aku simpan sebagai tuala kecemasan, aku pun mandi... Then kami pecut ke Padang Bandaran pada pukul 7.15 pagi.
Sesampainya kami di padang, acara senamrobik telah bermula. Indaklah kami join senamrobik tu, tau sajalah kami belum sarapan... Ada ni pengsan tetiba. Lepas senamrobik, ada pulak ZUMBA... Ha, part ni aku dan Princess malar menggelengkan kepala. Apa tidak, sudahlah instructornya pakai baju kurang kain, pergerakannya pulak terlalu lincah dan tidak menepati spesifikasi macam senamrobik. Dan aku tengok tidak semua sukarelawan dapat follow step yang telah dibuat. SUSAH WEI...
Lepas register nama sebagai peserta SUKARELAWAN SOLO, kami pun join dengan belia Kementerian Belia Dan Sukan Bahagian Sandakan. Di situ, kami bergabung bersama dengan geng KENARIANZ, LC BIKE CLUB, HELLECTRON dan ramai lagi sukarelawan dari persatuan belia. Aku tengok, dari Jabatan Pertahanan Awam ada, Sukarelawan Polis pun ada, anggota RELA pun ada, budak-budak Pengakap ada, even STAFF NURSE PUN ADA... Memang rugi pada sesiapa yang tidak ikut... Dalam lingkungan pukul 9.00 pagi, Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin datang bersama Presiden dan Timbalan Presiden MPS. Dan kali ni konsepnya sama jugak macam cerita sambutan Maulidur Rasul yang lalu, datang jak menteri terus menteri buat ucapan perasmian. Bah, ngamlah bah tu, keadaan yang terik lagi membuatkan semua sukarelawan macam cacing kepanasan... Tapi yang paling best, masa lagu im4u tu berkumandang, semua geng dalam grup kami buat pergerakan macam dalam video klip ni sehinggakan geng staf nurse pun terikut-ikut:

Program tu berakhir pada pukul 11.30 pagi, itupun selepas bergila bersama geng-geng penari WANTED Sandakan... Kesempata selama beberapa jam untuk berehat digunakan sehingga pukul 5.00 petang. Selepas menghubungi si Azizi, kami berempat berangkat ke lokasi yang lain iaitu KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN. Sampai-sampai jak senamrobik sudah bermula. Ah, pedulilah!!! Aku join terus dengan si DJ DD Sandakan FM dan bersenamrobik sampai jam 5.50 petang. Sambil berehat, kami mencuci mata dengan melihat aksi orang meniup api... Bayangkan 1 botol air mineral kecil tu dia bagi masuk dalam mulut dia dan dengan kayu yang ada api di hujungnya dia pergi blow api tu menjadi api yang besar. Apalah rasa tu minyak ah??? Then ternampaklah pulak WALL CLIMBING... Bila kami pergi tengok nampak macam kurang tinggi tapi mencabar plak tau... Siuk-siuk menengok entah macamana si Herep pi panggil namaku... Adei, ini tidak boleh jadi!!! Kesempatan digunakan untuk mencuba memanjat dinding tu... Ya, aku tahu badanku ni besar tapi besar pun tidak bermakna aku indak bule memanjat lagi, kan!!! Lepas memakai honest di celah kangkanganku, then satu tali statik diikat di hadapan perutku. Lepas tu aku pun mula memanjat. Belum sampai separuh aku terjatuh!!! Alamak, rupanya tali statik belum ketat betul rupanya... Selepas dikasi ketat, aku pun try memanjat lagi. Dengan bantuan bekas jurulatih rekreasi akhirnya aku berjaya memanjat sehingga ke puncaknya. Sekali turun, ui nah bergegar tangan aku rasa...
Well, hanya setakat tu sahaja cerita kami... Nanti kalau ada program lagi kami akan siarkan juga sekali dengan gambar dan video jika ada... Stay tuned... Eh, macam radio plak...
No comments:
Post a Comment